Tentera Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar R.A. telah berjaya menawan bumi ini daripada Empayar Byzantium pada 638 Masihi dan buat pertama kalinya beliau memasuki Wilayah ini beliau telah mengistiharkan bahawa keseluruhan tanah Palestin adalah sebahagian dari tanah wakaf dan hak milik ummat islam sehingga ke generasi terkemudian.
Ahad, 6 Jun 2010
Palestin Milik Kita
Sabtu, 29 Mei 2010
Wehdatul Yamaniah
Alhamdulillah... dengan izin ALLAH dapat saya bersama kawan2 sertai satu perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Yamen sempena '' Wahdatul Yamaniah '' pada kali ini. Program yang di sertai oleh golongan wafidin di bumi Yamen pada kali ini mendapat sambutan yang meriah.
Program yang bermula pada jam 1o pagi dan berakhir pada jam 12 tgh dengan pelbagai agenda seperti ucapan dari wakil2 setiap Negara atau NGO dan persembahan nasyid kumpulan dari syiria yang menghiburkan.
Program ini juga memberi satu pengalaman baru dalam hidup penulis walaupun penulis akui kurang berpuas hati dengan ucapan memuji Presiden Republic Yamen secara berlebih - lebihan, akan tetapi penulis memuji salah seorang wakil yang menyakatakan '' penyatuan yang berlaku di Yamen ini insyaallah akan membawa kepada penyatuan seluruh bangsa arab dan mencapai jalan untuk membawa kepada penyatuan seluruh mmat islam, begitu juga ucapan dari wakil palestin yang bagi penulis ada baik dan sedap di dengar.
Setelah program selesai penulis dan beberapa orang kawan telah menjadikan mat'am jazirah sebagai tempat makan tengahari setelah dijamu dengan jus oren dan pop kek ja selepas program 'memang mengecewakan ' sebab program kerajaan penulis ingatkan dijamu dengan makanan yang lazat2, namun ketahuilah itulah Yamen.
Ahad, 23 Mei 2010
Aku Di Yamen
Kalau di ikutkan penulis kesini bersama Abg Yasir tapi tak jadi, maklum la masa tu malas sangat2 dan takde semangat nak datang sini walaupun di hati Yamen memang menjadi impian dan harapan.
Tapi ALLAH jualah penentu segalanya pada penghujung tahun 2008 penulis bertekad untuk menyambung pelajaran ke sini setelah Mak Intan seingat penulis yang dikatakan memerli penulis dan Alhamdulillah selepas kejadian itu penulis pun memulakan langkah pengurusan untuk datang ke sini.
Tiba di Yamen memang merupakan satu perkara yang tak di sangka, namun inilah ketentuan darinya.
Sekian lama penulis disini banyak perkara yang penulis lalui di dalam kehidupan seharian di negara ini. Melayani karenah orang arab memang meletihkan tapi ada perkara yang penulis tertarik dengan mereka yaitu mereka ramah dan sering untuk tunjuk ajar kepada pelajar wafidin dalam pergaulan menggunakan bahasa arab.
[Image]
Sesuailah keadaan mereka seperti mana yang penah di gambarkan oleh baginda Nabi S.A.W yaitu mereka ini hatinya lemah lembut tetapi dari sudut yang mereka juga mempunyai masalah yang kita panggil perangai orang arab. Penulis sendiri beberapa kali berurusan dengan mereka dan memang menyakitkan hati terutama mengenai jamiah dan kewangan.
[Image]
Tetapi bagi penulis sendiri Yamen merupakan medan terbaik dalam mentarbiyah diri penulis dan rakan2 yang lain di sini seperti budaya bersedekah, sabar, tolak ansur, dan macam2 lagi pengajaran yang boleh didapati di bumi ini.
wassalam.
Isnin, 17 Mei 2010
Sahabat
Wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan serta kami jadikan kamu bersuku-suku
dan berpuak-puak untuk kamu berkenal-kenalan .
Sabda Nabi S.A.W :
Tidaklah sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga mana belum dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Kehidupan kita di dunia ini bagaikan sunyi dan sepi tanpa teman2, mereka bagaikan penawar ketika kesedihan dan penyeri tika kesunyian.
Tetapi memang sukar untuk kita mengenali diantara teman2 kita sipakah yang mampu menjadi sahabat kita, susah senang bersama dan menjadi pendorong semangat untuk kita berjaya juga mampu menasihati kita untuk kebaikan.
Benarlah kata pepatah '' Teman ketawa sukar dicari teman menangis sukar ditemui'
Dalam kehidupan kita di dunia yang penuh mencabar ini kita memerlukan sahabat yang mampu bersama-sama kita untuk menghadapi semua permasalah yang timbul. Sahabat bukanlah mereka yang hanya bersama kita tika kesenangan dan menjauhi kita bila kesusahan.Kita akan merasai sahabat dengan beberapa keadaan :
- Apabila ia mampu mengalah dengan kita untuk tidak memanjangkan masalah hingga boleh membawa kepada pergaduhan.
- Mampu menasihati kita bila kita dalam kesalahan.
- Sentiasa mendorong kita kearah kebaikan.
- Tiada keraguan dalam membantu kita.
- Sentiasa memberi galakan dan semangat untuk kita berjaya
- Dan lain2 keadaan lagi yang mampu untuk kita mengenali sahabat.
Ahad, 16 Mei 2010
Permata untuk Malaysia
Khamis, 13 Mei 2010
Al Fatehah ( Abuya )
Al Fatehah.....
Semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa beliau dan meletakan beliau bersama para syuhada dan solehin.
Melihat kepada gambar di sebelah ini tentu tiada lagi masalah untuk kita mengenali beliau, seorang tokoh yang pernah menggegarkan tanah air kita dengan satu pergerakan yang membawa ummat islam malaysia ke kegemilangan. Pergerakan yang dipimpin beliau hampir berjaya mengusai ekonomi negara.
Namun pergerakan ini telah diharamkan kewujudan oleh kerajaan malaysia (BN) pada beberapa tahun yang lalu.
Takdir ALLAH jualah penentu segalanya, setelah sekian lama beliau mencurahkan bakti dalam menaikkan imej islam beliau tidak lari dari janji pencipta. Hari ini khamis 13 Mei 2010 ternyatalah janji ALLAH itu benar, Ustaz Ashaari Muhammad ( Abuya ) telah kembali menemui khalidnya pada jam 2.30 ptg waktu malaysia.
Maha benarlah firman ALLAH di dalam Al Quran maksudnya :
'' Apabila telah datang kematian maka sekali - kali kamu tidak dapat melewatkannya walau sesaat atau mendahulukannya ''
''Setiap jiwa itu pasti merasai kematian ''
Ingatlah sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti, kita tidak mungkin dapat melarikan diri darinya. Sesungguhnya dunia yang kita duduki hanya persinggahan sementara dalam pelayaran kita menuju destinasi sebenar.
'' Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk dia menguji kamu siapakah diantara kamu yang baik amalannya ''
Sesungguhnya kematian yang datang tidak mengenal siapakah kita tua,muda,kaya,miskin dan siapa sahaja. Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha mempersiapkan diri kita untuk menghadapi hari yang pasti ini kerana kita tiadak tahu bila masanya kita akan pergi menemui ilahi.
Penulis di sini ingin merakamkan sekalung takziah buat seluruh keluarga beliau terutamanya adik Kutaibah yang tinggal bersama penulis di bumi yaman ini, semoga tabah menghadapi musibah ini.
Ahad, 9 Mei 2010
Syeikh Majid Al Zindani
Kehebatan dirinya semakin terserlah apabila berjaya mengaharumi nama islam dalam dunia ilmu dengan pertemuan sainstifik berdasarkan firman ALLAH dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah. IJAZ ILMI satu kaedah yang digunakan sebagai dakwah pada masa kini yakni memiliki kemampuan yang mampu menarik minat mereka kepada islam dan mampu menguatkan iman mereka.
Beliau adalah Syeikh Majid Al Zindani (Ketua Majlis Syura' Hizbul Islah, Yamen ) yang juga Ketua Jamiah Al Iman di Yamen.
Penulis pernah mengikuti perkembangan beliau semasa penulis masih di tingkatan 5 setelah mengenali beliau melalui seorang pelajar iman ketika itu yang pulang ke tanah air ( Bang Ya ). Setelah mendapat sedikit maklumat tentang beliau penulis sentiasa mencari maklumat beliau dan bercita - cita mahu menyambung pelajaran ke Yamen untuk lebih mengenali beliau.
Takdir ALLAH jua lah yang menguasai semuanya, setelah hampir 5 tahun mengenali beliau secara jauh penulis ditakdirkan untuk menyambung pengajian di bumi yang barakah ini seperti mana yang di sebut oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya
Buat pertama kalinya setelah sehari tiba di Yamen penulis telah dibawa oleh Abang Muiz dan Abang Yasir ke Jamiah Iman untuk solat maghrib dan di takdirkan juga Syeikh majid solat di situ. ALLAH Maha Besar tanpa dengan perancangan kita dia telah menentukan segalanya.
Penulis dibawa oleh Abang Sofi untuk bertemu dan bersalaman dengan Syeikh. Itulah saat yang indah bagi penulis di mana penulis telah di sambut mesra oleh beliau dan orang arab pertama yang memeluk penulis adalah beliau Syeikh Majid Al Zindani seorang tokoh yang di hormati dan disegani. Rupanya Syeikh adalah seorang yang ramah terutama kepada golongan ajnabi yang berada di Yamen.
Berada di bumi ini sedikit sebanyak dapat mengambil sedikit keberkatan dan ilmu yang ada pada beliau, penulis pernah juga beberapa mengikut kuliah, ceramah ataupun demotrasi yang di hadari oleh Syeikh. Ternyalah Syeikh memilik kemampuan yang besar dalam mempengaruhi insan dan kata2 beliau bagi sesiapa yang mendengar pasti bagaikan rasa di pukau.
Syeikh Majid dilihat sering bersama dengan anggota2 keselamatan yang sering mengawasinya dan dianggarkan sekitar 20 orang sering bersama beliau. Kecintaan mereka kepada Syeikh sukar digambarkan, di mana sahaja dan ketka mana mereka kan sentiasa mengawisi Syeikh.
Penulis merasa begitu hairan dengan keadaan itu pada mulanya tapi setelah mendapatkan maklumat bahawa ada percubaan membunuh Syekh pada satu ketika dulu barulah penulis memahami serba sikit tentang beliau.
Tindakan Syeikh yang mengencam hebat sesiapa sahaja yang bersetongkol dengan Israil dalam menzalimi ummah Islam Palestin sering mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Fatwa yang dikeluarkan sentiasa menggegarkan masyarakat dunia.
Sayangnya ummat Islam kepada Syeikh sebagai seorang pemimpin dan guru yang alim serta tawaduk membuat mereka sanggup berhadapan dengan pelbagai risiko demi mempertahankan Syeikh dari sebarang ancaman. Pernah diceritakan yang Syeikh akan ditangkap oleh Amerika dan ahli Yamen keluar beramai - ramai dengan membawa senjata sehinggakan solat subuh di Masjid dipenuhi manusia yang berbekalkan senjata untuk menghadapi segala kemungkinan. Namun ALLAH amat menyayangi Syeikh dan hingga kini masih dipelihara kedudukannya di sisi redho dan rahmat ALLAH.
Penulis pernah mendapatkan maklumat mengenai Syeikh daripada masyarakat arab Yamen, maka ternyatalah Syeikh Majid merupakan seorang yang desegani kawan dan lawan serta dapat menyatupadukan masyarakat Yamen dan merupakan perintis kepada Kesatuan Arab Yamen.
Semoga ALLAH merahmati segala usaha Syeikh dalam menaik tarafkan ummat islam di mata dunia seterusnya mampu mengambil kembali tempat ummat dalam menakhluki dunia ini serta mentadbirnya dengan syariat ALLAH S.W.T berpandukan pedoman Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Sabtu, 8 Mei 2010
Taufikiah
Tanggal 29 September 1989 Sekolah Menengah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok ( Pak Ya ) Padang Lumat, Kedah Darul Aman telah mencatat satu peristiwa hitam dalam sejarah kewujudannya, tragedi kebakaran yang mengorbankan 27 putrinya yang tercinta menjadi memori hitam yang sukar dilupakan sepanjang hayatnya. Namun perjuangan haruslah diteruskan walau pahit untuk menerima kenyataan.
Tragedi yang berlaku menyebabkan taufikiah menjadi sebutan masyarakat dan pada hari kejadian taufikiah dibanjiri oleh pelbagai lapisan masyarakat datang untuk menziarahi serta menyampaikan takziah, sehinggakan jalan raya di sekitar Alor Setar ke taufikiah mengalami kesesakan.
Kejadian ini juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahatdir Mohamad ketika itu serta tidak ketinggalan untuk beliau turun melihat sendiri suasana yang berlaku.
Penulis juga yang pernah menuntut di sekolah ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat mengenai tragedi yang berlaku, seperti yang diceritakan mereka yang terkorban merupan pelajar yang baik serta bersungguh dalam pembelajaran.
Pelajar lama .....bergambar kenangan
Sukan sekolah.......generasi baru
Muslimat taufikiah.....era baru
Program sekolah
Kini taufikiah kembali semula menuju kegemilangannya apabila sekolah agama semakin menjadi tempat di hati masyarakat. Pada tahun 2009 bilangan pelajarnya mulai bertambah sehingga mencecah 500 orang.
Semoga taufikiah yang pernah berbatki kepada masyarakat dan penulis sendiri terus maju dan terus berkembang dalam melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Sekian lama kau berdiri
Menabur bakti di bumi ini
Kini usiamu 70 tahun
Memberi sinar satu tamadun
Asalmu pondok usang
Beratapkan buluh dan nipah
Mulamu sunyi sepi
Kini meriah sekali
Tragedi malang menimpamu
27 puteri menghadap ilahi
Hilanglah sinar wajahmui
Yang pergi tiada berganti
(yang pergi tiada kembali)
Akanku bila nasibmu
Akanku pertahankan
Dari segala tomahan
Yang menghujani oh bumimu ini
Ayuh semua wahai sahabatku
Kita gabungkan kekuatan yang ada
Untuk menempuh segala rintangan
Insyaallah kita akan berjaya
TELAH LAMA KAU MENABUR BAKTI
DI BUMI YANG DIREDHOI
MEMBANGUN UMMAH AGAR DISEGANI
SEBAGAI HAMBA ILAHI DI BUMI INI
KINI MENCECAH USIA MU TAUFIKIAH
70 TAHUN KAU MENDIDIK UMMAH
PELBAGAI RINTANGAN TELAH KAU TEMPUHI
DALAM MENINGGIKAN KALIMAH ILAHI
DALAM PERJALANMU
MEMBINA UMMAH YANG MAJU
TRAGEDI MALANG MENIMPAMU
PERGINYA PUTRI PUTRIMU
MENGHADAP TUHAN
SYAHID 27 ORANG
SEBAGAI SATU UJIAN
KEPADAMU TAUFIKIAH
NAMUN KAU TETAP TERUS GAGAH
WALAU SERING KAU RASA GUNDAH
JATUH DAN BANGUN TIADA RESAH
KERNA PERGANTUNGANMU
HANYALAH KEPADA ALLAH
KAU BERDIRI TERUS BERBAKTI
WALAU DIHINA DAN DICACI
FITNAH YANG DATANG TANPA HENTI2
KAU HADAPI
TAUFIKIAH BUMIMU INI
TELAH BERBAKTI PADA INSANI
MELAHIRKAN INSAN YANG BERBUDI
DAN BERTAQWA PADA ILAHI
Tuan Guru Haji Azahari Razak
Tuan Guru Azahari dilahirkan pada 6 Jun 1925 di Kampung Alor Mengkudu, Pokok Sena, Kedah. Beliau ialah anak kelima daripada lapan beradik yang berbapakan seorang yang amat menitikberatkan pendidikan agama anak-anak.
Kecerdasan Ustaz Azahari telah dikesan semenjak kecil ketika berada di Sekolah Melayu Alor Mengkudu. Kerana kecemerlangannya, beliau ditawarkan belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid pada 1937, tetapi ditegah oleh bapanya. Bapanya bimbang sekiranya anak kesayangannya ini terpengaruh dengan pemikiran penjajah dan terjejas akidah jika belajar di sekolah yang ditubuhkan oleh penjajah ini.
Sebaliknya, beliau dihantar mendalami ilmu agama di Pondok Haji Majid, Guar Chempedak selama dua tahun dan sempat berguru dengan Pak Ya Junid di pondok ini pada 1939. Setelah itu, menjelang Perang Dunia Kedua, beliau memasuki Madrasah an-Nahdhah, Bukit Besar dan berguru dengan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi selama beberapa tahun.
Selepas perang, beliau berhijrah pula ke Batu 16, Padang Lumat untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Yahya Junid, seorang ulama muda yang terkenal ketika itu kerana kegiatan-kegiatan politiknya yang juga bekas gurunya.
Tidak lama di Padang Lumat, Ustaz Azahari mendengar kemasyhuran Maahad Il Ihya as-Syariff yang ketika itu dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ketua Hizbul Muslimin Malaya. Tertarik dengan kemasyhuran itu, Ustaz Azahari berpindah pula ke Gunung Semanggol selama dua tahun dan menghabiskan pengajian Qismul Ali di sini.
Peristiwa penangkapan Ustaz Abu Bakar al-Baqir pada 1948 kerana kegiatan politik antipenjajah telah menyebabkan Ustaz Azahari berasa tidak selesa di Gunung Semanggol. Pada tahun itu juga, bersama abangnya, Ustaz Abdul Rashid Abdul Razak, beliau bertolak ke India dan memasuki Kuliyah Pengajian Islam di Deoband.
Beliau tiba di Deoband lebih awal daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi tidak belajar di Darul Ulom yang terkenal itu. Dua tahun kemudian, beliau bersama Ustaz Abu Bakar Awang Perlis menyambung pengajian di Baqiatus Solehat, Velor selama dua tahun. Serentak dengan itu juga, Ustaz Azahari mengikuti pengajian bahasa Arab di Universiti Lucknow sehingga membolehkannya menguasai bahasa Arab, Urdu dan Inggeris dengan baik. Beliau menjadi antara ulama yang berupaya melakukan murajaah dalam kitab Arab moden dan klasik.
Setelah empat tahun di India, Ustaz Azahari kembali ke Kedah pada 1952 dan menyertai semula gurunya, Tuan Guru Haji Yahya Junid di Padang Lumat. Pada 1953, beliau dikahwinkan dengan puteri gurunya, Hajah Asma Yahya dan telah dikurniakan 13 cahaya mata. Ustaz Azahari kemudian menjadi tenaga pengajar di pondok ini sehingga akhir hayatnya.
Pada 1970-an, beliau dilantik sebagai Pengetua Madrasah Taufiqiyah al-Khairiyah al-Halimiyah dan berjaya membuka cawangan madrasah di Guar Chempedak pada 1979. Kerana keterlibatan beliau di pondok inilah, maka beliau berpeluang memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam di negara ini hampir 50 tahun lamanya. Satu kata-katanya yang masyhur, "Saya akan mengajar sampai mati!"
Latar belakang pendidikan Ustaz Azahari bermula dengan gurunya, Lebai Othman al-Yunusi, pengasas PAS Kedah; Pak Ya Junid, pengasas PAS; Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin; dan gerakan politik Islam di India, Ustaz Azahari semacam tidak mempunyai pilihan melain terjun berjuang menegakkan agama Allah bersama PAS sebaik sahaja pulang dari India.
Beliau menyertai PAS di bawah pimpinan mertuanya, Pak Ya Junid yang merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS ketika itu. Ketika PAS Cawangan Bukit Besar dibuka oleh Lebai Othman al-Yunusi, beliau menjadi ahli di sini pada 1952. Setahun kemudian, PAS Ranting Batu 16 Padang Lumat ditubuhkan dan Ustaz Azahari menjadi Setiausaha Ranting selama 10 tahun.
Mulai 1963, Ustaz Azahari dilantik pula menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kedah menggantikan Ustaz Abu Bakar Umar yang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah.
Pada zaman beliaulah, Pejabat Perhubungan PAS Kedah dipindahkan dari Guar Chempedak ke Alor Setar pada 1968. Setelah itu, satu usaha dibuat untuk membina Bangunan PAS Kedah di Alor Setar dan ia berjaya disiapkan pada 1976. Pada 1969, telah berlaku satu tuduhan oleh Tunku Abdul Rahman terhadap PAS di mana Perdana Menteri menuduh PAS menerima bantuan asing dalam menghadapi pilihan raya.
Tunku Abdul Rahman kemudian bersumpah di Masjid Zahir dengan disaksikan oleh Ustaz Azahari, Pak Yusof Rawa dan Ustaz Abu Bakar Umar. Datuk Mohd Asri bersumpah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu bagi pihak PAS bersaksikan Tengku Razaleigh. Selepas sumpah ini, Umno kalah teruk dan Tunku Abdul Rahman terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Pada 1972, ketika krisis politik tercetus dan PAS dijemput menyertai kerajaan campuran, Dewan Ulama PAS telah menubuhkan Majlis Tarjih untuk menentukan hukum menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan. Ustaz Azahari adalah salah seorang daripada 23 ulama yang terlibat.
Ustaz Azahari memberikan pandangan yang tegas bahawa haram bekerjasama dengan Umno kerana Islam (PAS) dan sekular (Umno) adalah dua ideologi yang bertentangan, terutama Umno yang menolak hukum dan sistem pemerintahan Islam. Namun, 14 daripada ahli majlis tarjih ini berpandangan harus bekerjasama dengan Umno.
Setelah Mesyuarat Agung Khas PAS pada 21 Disember 1972 memutuskan bersetuju bekerjasama dengan Umno, Ustaz Azahari menerimanya dengan hati yang terbuka. Bahkan, beliau membantu mertuanya yang bertanding di Dun Sala pada 1974 atas tiket BN.
Sepanjang tempoh antara 1960-an hingga 1990-an juga, Ustaz Azahari terlibat aktif dan memegang pelbagai jawatan dalam Dewan Ulama PAS di peringkat Pusat mahupun negeri. Antara jawatan beliau yang penting ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Persuruhjaya PAS Kedah dan juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS semenjak 1987 hingga 1999.
Pada 1986, Ustaz Azahari telah memenangi pilihan raya umum di Dun Sala selama satu penggal. Ustaz Azahari juga dilantik oleh kerajaan Kedah sebagai Ahli Majlis Fatwa Kedah dan Ahli Majlis Agama Islam Kedah bersama mentuanya, Pak Ya Junid. Tetapi kerana mereka berdua memfatwakan kematian Ibrahim Libya sebagai syahid, mereka telah dipecat daipada kedua-dua badan agama ini. Namun begitu pada 1999, kerajaan Kedah telah menganugerahi beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah 1420.
Ketika PAS sibuk menyambut jubli emas perjuangannya, Ustaz Azahari hadir bagi memenuhi jemputan untuk slot pengkisahan sejarah PAS Kedah pada 16 Jun 2001 dalam Seminar Pengkisahan Sejarah PAS Kedah walaupun dalam keadaan uzur. Keesokannya, tersiar berita bahawa beliau meninggal dunia di Guar Chempedak. Jenazah beliau disembahyangkan di Dewan Madrasah Taufikiah oleh ribuan orang termasuk pimpinan PAS Negeri, Mufti Kerajaan Kedah, Dato? Sheikh Abdul Majid Mohd Noor dan bekas Yang Dipertua ABIM Kedah, Ustaz Ghazali Abdullah. Beliau kemudian dikebumikan di perkuburan Pekan Guar Chempedak.
Kematian beliau dikenang oleh murid-muridnya sebagai kehilangan seorang "guru, pendidik, pendakwah dan juga seorang Pengetua yang berdedikasi, tegas, berhikmah, tekun dan mencerminkan seorang pendidik, pendakwah dan sekaligus pemimpin yang bersifat tawaduk, tapi tegas serta memiliki prinsip yang jelas dalam mendaulatkan Islam dan kehidupan Islam di kalangan murid-murid yang dipimpinnya".
Beliau juga merupakan seorang yang "sangat jujur, amanah dan ikhlas kepada ilmunya, Islam dan dakwah Islam," ulas bekas murid beliau.