Sabtu, 8 Mei 2010

Taufikiah

Sukar bagi kita untuk mempercayai bila melihat keadaan fizikal sekolah ini pada masa kini, yang mana satu tragedi paling menyayat hati sehingga menggemparkan negara kita malaysia pada september 1989. Takdir ALLAH mengatasi semua yang direncanakan.

Tanggal 29 September 1989 Sekolah Menengah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok ( Pak Ya ) Padang Lumat, Kedah Darul Aman telah mencatat satu peristiwa hitam dalam sejarah kewujudannya, tragedi kebakaran yang mengorbankan 27 putrinya yang tercinta menjadi memori hitam yang sukar dilupakan sepanjang hayatnya. Namun perjuangan haruslah diteruskan walau pahit untuk menerima kenyataan.

Tragedi yang berlaku menyebabkan taufikiah menjadi sebutan masyarakat dan pada hari kejadian taufikiah dibanjiri oleh pelbagai lapisan masyarakat datang untuk menziarahi serta menyampaikan takziah, sehinggakan jalan raya di sekitar Alor Setar ke taufikiah mengalami kesesakan.

Kejadian ini juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahatdir Mohamad ketika itu serta tidak ketinggalan untuk beliau turun melihat sendiri suasana yang berlaku.

Keratan akhbar.....suasana selepas kejadian


Penulis juga yang pernah menuntut di sekolah ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat mengenai tragedi yang berlaku, seperti yang diceritakan mereka yang terkorban merupan pelajar yang baik serta bersungguh dalam pembelajaran.


Gambar sekitar tempat kejadian

Namun kejadian ini tiadaklah melemahkan semangat taufikiah untuk terus menabur bakti di persada ilmu. Selepas kejadian sekolah terus menjadi perhatian masyarat setempat dan luar sehingga pernah dibanjiri hampir 4000 orang pelajar, mungkin inilah hikmah yang tersembunyi. Peristiwa yang terjadi merasakan taufikiah akan terkubur sepi tapi inilah takdir ilahi taufikiah terus berdiri dengan bantuan orang ramai maka terbinalah banggunan yang asrama putri 3 tingkat menggantikan asrama yang terbakar.

Asrama pelajar putri yang kini diduduki oleh pelajar putra

Namun kegemilangan taufikiah tidak kekal lama, bangunan yang kita lihat diatas ini pernah dipenuhi dengan pelajar2 putri sehingga ada usaha untuk mendirikan banggunan yang sama bertentangan dengannya disebabkan terlalu ramainya pelajar pada ketika itu. Pada zaman penulis memasuki sekolah ini tahun 2000 pelajar masih lagi ramai sehinggakan tingkatan satu pada zaman itu menyaksikan 5kelas untuk pelajar putri dan 4 kelas untuk pelajar putra dengan bilangan pelajar pada ketika itu mencecah 2500 orang


Pelajar lama.... taufikiah

Pelajar lama .....bergambar kenangan



Sukan sekolah.......generasi baru


Muslimat taufikiah.....era baru


Program sekolah

Penulis telah ditakdirkan untuk melihat sendiri kejatuhan sekolah ini selepas mengalami kegemilangannya dimana pada tahun 2003 ketika penulis di tingkatan4 pelajar sekolah mengalami kemerosotan yang mendadak sehingga bilangan pelajarnya hanya berbaki 300 lebih sahaja dan di waktu penulis di tingkatan 5 bilangan pelajar terus menurun sehinggakan pada tahun 2005 bilangan pelajar tingkatan 1 putra dan putri hanya 20 orang sahaja.

Kini taufikiah kembali semula menuju kegemilangannya apabila sekolah agama semakin menjadi tempat di hati masyarakat. Pada tahun 2009 bilangan pelajarnya mulai bertambah sehingga mencecah 500 orang.

Semoga taufikiah yang pernah berbatki kepada masyarakat dan penulis sendiri terus maju dan terus berkembang dalam melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Madrasah pertama yang diperbaharui

Nostalgia Taufiqiah

Sekian lama kau berdiri

Menabur bakti di bumi ini

Kini usiamu 70 tahun

Memberi sinar satu tamadun

Asalmu pondok usang

Beratapkan buluh dan nipah

Mulamu sunyi sepi

Kini meriah sekali

Tragedi malang menimpamu

27 puteri menghadap ilahi

Hilanglah sinar wajahmui

Yang pergi tiada berganti

(yang pergi tiada kembali)

Akanku bila nasibmu

Akanku pertahankan

Dari segala tomahan

Yang menghujani oh bumimu ini

Ayuh semua wahai sahabatku

Kita gabungkan kekuatan yang ada

Untuk menempuh segala rintangan

Insyaallah kita akan berjaya

70 TAHUN TAUFIKIAH

TELAH LAMA KAU MENABUR BAKTI

DI BUMI YANG DIREDHOI

MEMBANGUN UMMAH AGAR DISEGANI

SEBAGAI HAMBA ILAHI DI BUMI INI


KINI MENCECAH USIA MU TAUFIKIAH

70 TAHUN KAU MENDIDIK UMMAH

PELBAGAI RINTANGAN TELAH KAU TEMPUHI

DALAM MENINGGIKAN KALIMAH ILAHI


DALAM PERJALANMU

MEMBINA UMMAH YANG MAJU

TRAGEDI MALANG MENIMPAMU

PERGINYA PUTRI PUTRIMU

MENGHADAP TUHAN

SYAHID 27 ORANG

SEBAGAI SATU UJIAN

KEPADAMU TAUFIKIAH


NAMUN KAU TETAP TERUS GAGAH

WALAU SERING KAU RASA GUNDAH

JATUH DAN BANGUN TIADA RESAH

KERNA PERGANTUNGANMU

HANYALAH KEPADA ALLAH


KAU BERDIRI TERUS BERBAKTI

WALAU DIHINA DAN DICACI

FITNAH YANG DATANG TANPA HENTI2

KAU HADAPI


TAUFIKIAH BUMIMU INI

TELAH BERBAKTI PADA INSANI

MELAHIRKAN INSAN YANG BERBUDI

DAN BERTAQWA PADA ILAHI



1 ulasan: