Memaparkan catatan dengan label ArtikelKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ArtikelKu. Papar semua catatan

Selasa, 22 November 2011

PENGALAMAN BARU

Hampir 5 tahun bergiat dalam mendidik dan menjaga para pelajar bermula dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah, segala suka duka, cabaran dan onak duri telah membantu diri penuh untuk meningkatkan lagi prestasi diri dalam menempuh arus kehidupan.


Tibanya penulis ke bumi ini '' PUSAT RAWATAN & PEMULIHAN NUR AL-BARAKAH '' memanglah bukannya dirancang dan bagaikan tidak percaya bahawa sekarang sudah hampir dua bulan penulis berada di bumi ini. 

Pusat ini merupakan tempat didikan dan pentarbiyahan golongan remaja yang pernah terjebak dalam arus kemodenan dunia dek gelora nafsu yang meronta beserta bisikan dan hasutan iblis yang bergema. Dunia yang baru bagi penulis ini kadang2 berbungan di hati mahu meninggalkan pisat ini, tetapi lama-kelamaan haruman kasih mula menaikan aromanya. Pengalaman yang beharga dalam membantu para penuntut untuk kembali kepada hakikat sebenar kehidupan manusia memanglah sukar tetapi inilah dia hakikat pengorbanan dalam melestarikan ''AMAL MAARUF NAHI MUNKAR.

Jejak kaki buat kali pertama di bumi ini hanyalah sekadar ingin melawat dan menolak pelawaan Ust. Tarmizi          ( Pengurus PUSAT ) secara berhadapan dengan baik...tapi takdir ALLAH membatasi segala-galanya, walau di hati tak mampu menerima namun ucapan di  bibir meluahkan kata-kata dengan takdir yang ESA....dan akhirnya bermulalah episod baru kehidupan penulis di bumi NUR AL-BARAKAH ini.



Kerjasama mendirikah khemah untuk sambutan Aidiladha

Upacara korban....

 Membina sikap...tolong-menolong

 Urusan kantin....dikendalikan oleh para penuntut

 Penulis yang sibuk melayan para waris sempena sambutan Aidiladha

 Ucapan semasa majlis bersama waris

 Ucapan....Ust. Tarmizi ( Pengurus PUSAT )

Penuntut bersama ahli keluarga yang hadir

Terpancar kegembiran di raut wajah penuntut bersama keluarga

 Kali pertama....penulis...melapah lembu
Penulis bersama Pengurus PUSAT

Gotong-royong nak masak untuk dijamu...

Riang.......salah seorang  penuntut

Daging korban....buat supppp

Menu dan resepi serta tukang maasak utama
Ust. Tarmizi



Sabtu, 23 Julai 2011

ZIARAH MAHABBAH ( Mangsa kebakaran & Keluarga Syuhada' )

Alhamdulillah......penulis dan kawan-kawan ALUMNI Sek. Men ( A ) Taufikiah telah diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk mencari semula keluarga mangsa 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 22 Sept. 1989 yang telah terputus hubungan hampir 20 tahun lamanya. Peluang yang diberikan oleh ALLAH ini suatu pengalaman yang sungguh berharga dalam kehidupan penulis dan kawan-kawan.


Bergambar kenangan dengan kak maznah


 Bersama ayah arwah kak kamsiah

 Adik2 junior bersama kak maznah

 rindu seorang ayah

 Bersama ibu arwah kak kamsiah











Ketika kejadian penulis baru berusia 2 tahun dan masih belum menerti apa2 lagi, bila masuk ke  Pondok Pakya penulis diceritakan tentang kejadian tersebut, dihati ketika itu amat sangat untuk mengkaji tentang peristiwa tersebut dan hari ini Alhamdulillah.

Perjalanan menziarahi mangsa kebakaran dan keluarga mangsa yang meninggal memberikan kenangan dan pengalaman yang tidak terhingga besarnya. Tautan ukhwah yang terjalin terasa bagaikan sudah lama terpupuk walaupun ada setengah pihak waris yang menitiskan air mata apabila menerima kunjungan kami namun semuanya berjalan dengan baik.



Isnin, 4 Julai 2011

MAJLIS MEMPERINGATI 27 SYUHADA


Masih ingatkah kita ?

Peristiwa kebakaran yang pernah menggemparkan negara kita pada suatu ketika dulu, tragedi yang meragut nyawa 27 orang pelajar puteri di Sek. Men (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 ini mungkin ada  di antara kita yang masih ingat dan ada juga yg masih belum lahir lagi ke dunia ini.

Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan

\
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa

Peristiwa yang kini hanya tinggal memori di hati ibubapa yang kehilangan puteri mereka, teman yang kehilangan kawan mereka serta guru-guru yang kehilangan anak murid tercinta mereka masih lagi termimpi-mimpi suara manja mereka ketika bergurau senda juga ketika mana suara mereka merintih meminta pertolongan di dalam jilatan api yang mengganas membakar tubuh mereka.


Suasana di tapak kebakaran

Suasana pilu di tapak kebakaran

Ya ALLAH bagaimanakah keadaan mereka ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keadaan dan kepedihan yang mereka alami. Namun bagaimanakah mereka kini, mungkin sedang menikmati istirehat yang aman dan damai di perhentian barzakh Insyaallah.

Maksud sabda Nabi S.A.W :
Kubur itu boleh sahaja menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka.

Serpihan anggota badan mangsa...ALLAHUAKBAR

Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR
Oleh itu pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama barisan ALUMNI telah merancang satu majlis untuk memperingati peristiwa besar ini sekaligus menceritakan kembali kepada masyarakt keadaan yang berlaku pada ketika itu semoga ianya menjadi ikhtibar buat kita semua.

Maksud sabda Nabi S.A.W :Barangsiapa yang keluar untuk mempelajari ilmu ALLAH ( terutama mengenai syariatnya) maka dia berada di atas jalan ALLAH sehingga dia pulang.


PROMO...ALBUM '' BUMIMU TAUFIKIAH ''


Ayuh bersama kita menghadirkan diri ke ''MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI KEBAKARAN PONDOK PAKYA 22 SEPT. 1989

Pada      : 22 Sept. 2011 ( Khamis )
Tempat  : Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah
Acara    : Konvoi ALUMNI ke makam syuhada
             : Tahlil Perdana
             : Tayangan , persembahan pentoman, sajak, nasyid
             : Ceramah pengisahan semula peristiwa

Keterangan lanjut hubungi :
- Ust. Nizam ( 019 5586401 )
- Muhammad Fikri ( 013 5893046 )





Jumaat, 25 Februari 2011

PENGHIJRAHAN BOB LOKMAN

Maksud Firman ALLAH S.W.T :
Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya, nescaya Dia ( ALLAH ) akan melapangkan akan dadanya ( membuka hatinya ) untuk menerima islam.

( Al – An’am :125 )


Sukar untuk kita meneka dan begitu juga sukar untuk kita percaya bahawa seseorang yang pernah popular di kaca tv suatu ketika dulu, dengan gelagat yang pastinya tidak mungkin kita lupa kini sudah berubah hidupnya dengan dulu berpakaian yang ala-ala rock dan moden kini sudah diselimuti dengan pakaian penuh islamik.

Bob Lokman bersama Nasaruddin Tantawi
di Pentas Himpunan 30K

Beserban sedang bersila semasa Program Solat Hajat & Ceramah Perdana
( waktu berlangsungnya AJL 25 )
Begitulah kuasa ALLAH yang telah menghijrahkan pelakon, pengacara dan penulis lirik popular tanah air satu ketika dulu Bob Lokman ke jalan yang penuh cahaya penuh gemerlapan. Tindakan beliau yang mengundurkan diri sebagai pengkritik program Raja Lawak kali ke-5 dengan berpakaian jubah dan berserban telah mengejutkan banyak pihak terutama pihak Astro sendiri yang tidak menyangka tindakan yang akan diambil oleh beliau.

Menyerahkan borang keahlian kepada Y.A.B Ustaz Azizan

Semangat baru membina MALAYSIA maju

Sewaktu AJL 25 berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil beliau telah pergi ke Stadium Melawati bagi mengikuti ceramah perdana dan solat hajat. Cicit kepada Tok Kenali ini telah melakukan penghijrahan beliau ke dalam PAS semasa Himpunan 30K Pemuda yang bertempat di perkarangan Markas PAS Kedah. Beliau juga telah mengistiharkan diri memuluk PAS dihadapan pemuda yang hadir disaksikan oleh pimpinan PAS di semua peringkat, borang keahlian diserahkan kepada Y.A.B Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.


Bersama Mahfuz Omar di Stadium Melawati

Selasa, 15 Februari 2011

CINTA OH CINTA

Cinta merupakan fitrah semulajadi manusia, kalau sapa takde rasa cinta memang bukan manusia normal laa sedangkan kalau seseorang tu gila bila ada orang buat baik dan layan dia maka dia akan merasakan kecintaan dan kerinduan bila tak berjumpa dengan orang melayannya.Begitulah cinta yang mana dari cinta timbullah kasih, rindu, dan sayang, masyaallah hebatnya ciptaan ALLAH yang tanpa kita sedari dengan cinta yang di hadirkan inilah membuatkan kita nii sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira..

Cinta yang diciptakan oleh ALLAH ini amatlah bernilai kepada kita  kerana dengan cinta menyebabkan kita sentiasa keadaan hormat menghormati, kasih sayang, bertolak ansur serta bekerjasama. Cinta yang mulia ini juga terkadang boleh menyebabkan seseorang itu binasa kerana cinta yang di pilih adalah cinta palsu. Dengan cinta di salah pilih menyebabkan manusia itu boleh membunuh dan terbunuh, sering kali kita membaca akhbar tentang mereka yang membunuh diri kerana putus cinta dan dibunuh kerana cemburu. Itulah hebatnya cinta yang mana dengan cinta boleh membuat seseorang bahagia dan dengan cinta juga boleh membuat seseorang derita renung - renungkanlah.

Jika kita susuri sirah bagaimana cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf yang menuruti hawa nafsu menyebabkan Nabi Yusuf dipenjarakan dan terjadilah fitnah yang cukup besar pada ketika itu terhadap Nabi Yusuf walaupun kebenaran berpihak kepadanya, itulah hebatnya fitnah wanita yang cukup merisaukan hati Nabi S.A.W terhadap umatnya kini. Walaupun begitu seteah hidayah ALLAH melewati hati zulaikha maka segala cintanya hanyalah kerana ALLAH dan fitnah yang terjadi satu ketika dulu menjadi jalan untuk beliau dan yusuf bersatu dalam rahmat ALLAH.

Sabda Nabi S.A.W  yang bermaksud :
'' Kecintaan kamu kepada sesuatu menyebabkan kamu buta dan tuli'' 

Begitulah hebatnya cinta yang ditiupkan ke dalam diri setiap insan, tetapi sangat sedih sekali cinta yang suci ini seringkali dinodai kesuciannya. Setiap orang mengatakan cinta, rindu, kasih dan sayang tanpa mengetahui hakikat sebenarnya. Sesungguhnya ALLAH menghadirkan cinta untuk kita mengenalinya dengan melihat kepada semua yang diciptakannya, tetapi manusia yang melewati kehidupan dengan mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan menyebabkan mereka lupa akan cinta sebenar.

ALLAH S.W.T telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud :
'' Katakanlah ( wahai Muhammad ) sekiranya kamu mencintai ALLAH maka ikutilah aku ''

Oleh itu sama - samalah kita renungi adakah cinta, kasih, sayang, rindu kita adakah untuk ALLAH atau sebaliknya, ingatlah bahawa kita akan dihadapkan di depan Rabbul Jalill pada suatu hari nanti, di sana nanti kita memerlukan cinta dari ALLAH dan Rasulnya bukan dari manusia yang kita puja2  di dunia ini. 

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
''Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya, dan isterinya serta anak2nya, kerana pada hari itu tiap2 seorang dari mereka, ada perkara2 yang membuatkan dirinya sibuk dengan hal dirinya sahaja. Muka ( orang-orang beriman pada hari itu berseri-seri, tertawa, lagi bersuka ria. Dan muka ( orang-orang yang ingkar ) pada hari itu penuh debu dan diliputi oleh warna hitam legam dan gelap gelita. Mereka itu orang2 yang kafir yang derhaka.

Begitulah kejadian yang digambarkan oleh ALLAH S.W.T apabila terjadinya kiamat kelak dimana janji kekasih iuntuk sehidup semati, dan bersama untuk kesyurga itu hanyalah omongan kosong sahaja. Bagi mereka yang hidup di dunia dengan meletakan segala kerana ALLAH maka keadaan mereka berseri sepert yang digambarkan dalam ayat di atas serta keadaan menghinakan yang akan dilalui bagi mereka yang melupakan ALLAH S.W.T ketika di dunia.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
Maka rasakanlah olehmu ( azab ini ) disebabkan kamu melupakan pertemuan hari kamu ini, sesungguhnya kamipun melupakan kamu dan rasakanlah azab yang kekal , atas apa yang kamu kerjakan.

Wassalam.

___________________________________________________________________________

FAIRUZ ( Ada Cinta Ada Rindu )

ADA CINTA DI HATI KITA
ITULAH FITRAH KITA MANUSIA
ADA KASIH DALAM DIRI KITA
ITULAH TANDA KEESAANNYA

ADA RINDU YANG SERING MENJELMA
TIKA HATI SUDAH JATUH CINTA
ADA SAYANG DI DALAM JIWA
 BILA KASIH SAYANG BERTAHTA

HATI KALAU SUDAH CINTA
HATI KALAU SUDAH SAYANG
PASTINYA RINDU DATANG BERTANDANG
HATI HATILAH SEMUA DALAM KITA MENCINTA
MOGA TAK DERITA KITA DENGANNYA

ITULAH CINTA HADIR DI JIWA
SETIAP MANUSIA
ITULAH FITRAH KEJADIAN KITA
KERANA CINTA

CINTALAH KASIHILAH KERANA ALLAH
SAYANGILAH RINDUILAH KERANA ALLAH

PILIHLAH CINTA YANG DIREDHOINYA
BAHAGIALAH DIRI KITA
DERITA SENGSARALAH KITA
BILA SALAH MEMILIH CINTA

Lirik & Lagu :
Putra Arba - Sar


Rokok...Rokok




Merokok merupakan satu penyakit yang sukar diubati, permulaan virus dari mereka yang membenci islam untuk menghancurkan fikiran umat islam. Bermula dengan merokok sebagai permulaan diikuti ganja kemudiannya dadah, arak dan pelbagai lagi perkara yang menjatuhkan maruah dan nilai diri seseorang muslim itu. Kini kita boleh perhatikan fenomena yang berlaku di Negara yang kita sayangi Malaysia, bagi seseorang lelaki itu tidak dikatakan ‘jantan’ kalau tak merokok, tak dikatakan ‘macho’ kalau tak merokok, demi membuktikan kejantanannya dan jua kemachoanan maka bermulalah semangat yang berkobar-kobar di dalam hatinya untuk menyahut cabaran dari rakan2 dan akhirnya terjebaklah dalam satu keadaan yang meletakan dirinya hina dipandangan agama.

Penulis di sini pernah menemui seorang teman yang ponteng puasa semasa dalam bekerja, penulis pernah menanyakan akan sebab dia meninggalkan puasa, dan jawapannya mudah sahaja yang mana boleh kita lihat di sini pengaruh rokok kepada seseorang ‘ aku kalau tengok orang makan boleh la tahan tapi! Memang pantang kalau tengok orang merokok’. Mudah sahaja jawapannya dan itulah yang dikatakan pengaruh rokok amat besar kepada penggemarnya.

NAK BERHENTI ! TAPI Bagaimana ?
Nak berenti merokok memanglah satu benda yang sukar terutama bagi mereka yang menjadikannya sebagai amalan dan rutin semasa seperti selepas makan, bangun tidur, semasa memandu, dan lain-lain lagi keadaan. Di sini penulis akan cuba meletakkan beberapa cara yang mungkin dapat membantu mereka yang berusaha untuk berhenti merokok dengan cara-cara yang pernah dilalui oleh mereka yang pernah merokok sebelum ini, semoga ianya dapat memberi sedikit manafaat kepada kita semua :

·         Meletakan tekad dihati untuk berhenti suatu masa nanti
·         Banyakkan bergaul dengan orang yang kita malu untuk merokok di hadapannya
·         Sentiasa meletakkan dihati bahawa rokok itu haram hukumnya
·         Jangan terlalu memaksa diri untuk berhenti
·         Sentiasa berdiri di hadapan cermin sambil merokok dan memaki diri sendiri
·         Sentiasa memikirkan masa depan kita dan keluarga kita
·         Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T
·         Tinggalkan amalan merokok selepas makan
·         Haruslah merasa marah kepada Negara barat yang merosakan fikiran umat islam dengan memboikot barangan mereka terutama rokok
·         Tabamkan niat untuk berubah
·         Kuatkan tekad
·         Meletakan Allah di hadapan berbanding nafsu
·         Jangan membela perokok kerna kita juga merokok tetapi sentiasalah mencemuh supaya hati kita sentiasa merasakan jijik dengan rokok.

Wahai teman-temanku yang masih lagi dibelenggu oleh penyakit ini, marilah sama-sama kita bina kekuatan untuk menghancurkannya dari terus merosakan diri kita. Sedarilah akan hukumnya yang telah disepakati oleh ulama’ bahawa ianya haram di sebabkan dengan kita merokok akan mengakibatkan pembaziran yang luas dan boleh mengakibatkan penyakit yang membahayakan diri kita dan orang sekitar kita. Marilah sama-sama kita bangun kembali dan sedarkan diri kita tugas sebenar kita di dunia yang sementara ini, semoga Allah S.W.T merahmati kita selamanya.
InsyaAllah


Ahad, 6 Jun 2010

Palestin Milik Kita



MAHA suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA ( Nabi Muhammad saw )
pada suatu malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha,
yang telah Kami berkati sekelilingnya,
kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”
( maksud ayat 1, surah al-Isra’ )



Palestin bumi yang pernah merakamkan satu sejarah penting dalam Islam di mana ALLAH S.W.T telah menjadikan bumi ini sebagi satu persinggahan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanan baginda untuk bertemu ALLAH S.W.T. Peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum hijrah maasih segar dalam ingatan ummat Islam hingga kini.

Bumi ini juga dianggap suci dan diberkati kerana di dalamnya terdapat Masjid Al Aqsa kiblat pertama umat islam bahkan bumi yang pernah melahirkan, membesarkan dan tempat bersemadinya nabi2 yang dahulu dan dikatakan lebih 50 orang semuanya, jua dikatakan Padang Masyar setelah berlakunya kiamat. wallahua'lam

Tentera Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar R.A. telah berjaya menawan bumi ini daripada Empayar Byzantium pada 638 Masihi dan buat pertama kalinya beliau memasuki Wilayah ini beliau telah mengistiharkan bahawa keseluruhan tanah Palestin adalah sebahagian dari tanah wakaf dan hak milik ummat islam sehingga ke generasi terkemudian.

Namun pada tahun 1090 Masihi bumi ini telah dirampas oleh Tentera Salib dan dijajah hampir satu abad dan pada tahun 1187 seorang panglima Islam yang masyur Salahuddin Al Ayubi telah berjaya menyatukan orang2 islam dari Lembah Nil hingga ke Lembah Furat sehingga dan telah berjaya merampas kembali bumi ini.

Namun pada tahun 1981 Masehi Palestin hilang dari tangan ummat Islam setelah Kerajaan Othmaniyah Turki digulingkan dan bermulalah episod kezaliman kekejaman bangsa yahudi ke atas ke atas ummat, mereka merampas tanah2 rakyat Palestin, menghalau mereka serta menawan Masjid Al Aqsa. Lalu mereka mengistiharkan Negara haram Israel.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa Bumi Palestin bumi yang telh dimuliakan ALLAH sehingga di sebut di dalam Al Quran surah Isra ' ayat 1. Bumi yang sentiasa menjadi perhatian dunia sepertimana yang pernah di sebut bahawa ( sesiapa yang menguasai Palestin maka ia menguasai dunia ).

Masjid Al Aqsa juga merupakan tempat ketiga suci selepas Masjidil Haram di Mekah dan Majdid Nabawi di Madinah sepertimana telah di sebutkan oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya :

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100000 kali solat ( di tempat lain) , solat di Masjidku ( Madinah ) 1000 kali dan solat di Masjid Al Aqsa ( Palestin ) 500 kali solat.
'' Riwayat Tabrani ''

Sekarang Ummat Islam bebas untuk melawati Masjidil Haram dan Nabawi tetapi kita lupa untuk mendapatkan semula Masjidil Aqsa. Sedarlah Ummat ini adalah hak kita dan wajib di atas kita untuk mengambilnya sepertimana kata2 seorang pemimpin Palestin :

'' Wahai ummat Islam sesungguhnya kewajipan kita semualah untuk mempertahankan bumi ini dan bukan tanggungjawab kami sahaja dalam mengambilnya semula, namun kami telah ditakdirkan untuk berada di bumi ini dan ingatlah ini bukanlah kezaliman kepada kami rakyat Palestin tetapi ia adalah penindasan kepada Ummat Islam seluruhnya''.

Wahai semua umat islam bangunlah dari mimpi yang panjang, dari igauan yang melekakan untuk sama2 kembali kita daulatkan syariat ALLAH di atas muka bumi ini sesuailah dengan apa yang sering kita ucapkan :

ALLAH tuhan kami
MUHAMMAD nabi kami
AL QURAN panduan kami
JIHAD jalan kami
SYAHID cita-cita kami

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

''Akan datang suatu masa di mana seluruh bangsa2 akan datang mengerumuni
kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka''

Maka salah seorang sahabat bertanya :
''Adakah di waktu itu jumlah kami sedikit ? ''

Nabi Muhammad S.A.W menjawab :
'' Bahkan kamu di hari itu banyak sekali tetapi kamu bagaikan buih di waktu banjir ''
Dan ALLAH mencabut rasa gerun terhadap kamu
dalam diri musuh2 kamu, dan ALLAH mencampakkan dalam hati kamu
penyakit ( wahan ).

Seorang Sahabat bertanya, apakah penyakit ( wahan ) itu Ya Rasulullah ?

Maka jawab baginda :
'' Cinta dunia dan takut mati ''


Isnin, 17 Mei 2010

Sahabat

Firman ALLAH S.W.T :

Wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan serta kami jadikan kamu bersuku-suku
dan berpuak-puak untuk kamu berkenal-kenalan .

Sabda Nabi S.A.W :

Tidaklah sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga mana belum dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.



Kehidupan kita di dunia ini bagaikan sunyi dan sepi tanpa teman2, mereka bagaikan penawar ketika kesedihan dan penyeri tika kesunyian.

Tetapi memang sukar untuk kita mengenali diantara teman2 kita sipakah yang mampu menjadi sahabat kita, susah senang bersama dan menjadi pendorong semangat untuk kita berjaya juga mampu menasihati kita untuk kebaikan.


Benarlah kata pepatah '' Teman ketawa sukar dicari teman menangis sukar ditemui'


Dalam kehidupan kita di dunia yang penuh mencabar ini kita memerlukan sahabat yang mampu bersama-sama kita untuk menghadapi semua permasalah yang timbul. Sahabat bukanlah mereka yang hanya bersama kita tika kesenangan dan menjauhi kita bila kesusahan.Kita akan merasai sahabat dengan beberapa keadaan :

  • Apabila ia mampu mengalah dengan kita untuk tidak memanjangkan masalah hingga boleh membawa kepada pergaduhan.
  • Mampu menasihati kita bila kita dalam kesalahan.
  • Sentiasa mendorong kita kearah kebaikan.
  • Tiada keraguan dalam membantu kita.
  • Sentiasa memberi galakan dan semangat untuk kita berjaya
  • Dan lain2 keadaan lagi yang mampu untuk kita mengenali sahabat.