Selasa, 18 Jun 2013

Bismillahirrahmanirrahim....

              Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengupdate blog ni....mungkin dengan kesibukan kerja dan amanah yang dipikul sekarang, bila buka semula blog ni terasa tangan kembali bersemangat untuk menulis semula diruangan ini.

             Alhamdulillah sekarang penulis telah diamanahkan membangunkan Pusat Pendidikan & Kebajikan Darul Izzah yang terletak di Kg. Perupok, Yan, Kedah. Di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah seluas 2 2/3 relong untuk dijadikan pusat pengajian dan kebajikan khusus kepada golongan yatim dan miskin.

2 Buah bangunan yang telah dibangunkan

        Kini usaha membangunkan pusat pendidikan ini giat dijalankan demi kelansungan dakwah islam di atas muka bumi ini, sudah setahun lebih penulis diberi amanah memimpin pusat ini bermula dari kawasan dusun yang semak kini telah berjaya dibangunkan sebuah bangunan pejabat dan bangunan yang menempatkan kelas pengajian dan surau.

        
Sekitar di permulaan pembangunan :







Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T, mohon sahabat2 untuk mendoakan
kejayaan pusat pendidikan ini.

untuk maklumat darul izzah