Selasa, 22 November 2011

PENGALAMAN BARU

Hampir 5 tahun bergiat dalam mendidik dan menjaga para pelajar bermula dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah, segala suka duka, cabaran dan onak duri telah membantu diri penuh untuk meningkatkan lagi prestasi diri dalam menempuh arus kehidupan.


Tibanya penulis ke bumi ini '' PUSAT RAWATAN & PEMULIHAN NUR AL-BARAKAH '' memanglah bukannya dirancang dan bagaikan tidak percaya bahawa sekarang sudah hampir dua bulan penulis berada di bumi ini. 

Pusat ini merupakan tempat didikan dan pentarbiyahan golongan remaja yang pernah terjebak dalam arus kemodenan dunia dek gelora nafsu yang meronta beserta bisikan dan hasutan iblis yang bergema. Dunia yang baru bagi penulis ini kadang2 berbungan di hati mahu meninggalkan pisat ini, tetapi lama-kelamaan haruman kasih mula menaikan aromanya. Pengalaman yang beharga dalam membantu para penuntut untuk kembali kepada hakikat sebenar kehidupan manusia memanglah sukar tetapi inilah dia hakikat pengorbanan dalam melestarikan ''AMAL MAARUF NAHI MUNKAR.

Jejak kaki buat kali pertama di bumi ini hanyalah sekadar ingin melawat dan menolak pelawaan Ust. Tarmizi          ( Pengurus PUSAT ) secara berhadapan dengan baik...tapi takdir ALLAH membatasi segala-galanya, walau di hati tak mampu menerima namun ucapan di  bibir meluahkan kata-kata dengan takdir yang ESA....dan akhirnya bermulalah episod baru kehidupan penulis di bumi NUR AL-BARAKAH ini.



Kerjasama mendirikah khemah untuk sambutan Aidiladha

Upacara korban....

 Membina sikap...tolong-menolong

 Urusan kantin....dikendalikan oleh para penuntut

 Penulis yang sibuk melayan para waris sempena sambutan Aidiladha

 Ucapan semasa majlis bersama waris

 Ucapan....Ust. Tarmizi ( Pengurus PUSAT )

Penuntut bersama ahli keluarga yang hadir

Terpancar kegembiran di raut wajah penuntut bersama keluarga

 Kali pertama....penulis...melapah lembu
Penulis bersama Pengurus PUSAT

Gotong-royong nak masak untuk dijamu...

Riang.......salah seorang  penuntut

Daging korban....buat supppp

Menu dan resepi serta tukang maasak utama
Ust. Tarmizi



Sabtu, 23 Julai 2011

ZIARAH MAHABBAH ( Mangsa kebakaran & Keluarga Syuhada' )

Alhamdulillah......penulis dan kawan-kawan ALUMNI Sek. Men ( A ) Taufikiah telah diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk mencari semula keluarga mangsa 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 22 Sept. 1989 yang telah terputus hubungan hampir 20 tahun lamanya. Peluang yang diberikan oleh ALLAH ini suatu pengalaman yang sungguh berharga dalam kehidupan penulis dan kawan-kawan.


Bergambar kenangan dengan kak maznah


 Bersama ayah arwah kak kamsiah

 Adik2 junior bersama kak maznah

 rindu seorang ayah

 Bersama ibu arwah kak kamsiah











Ketika kejadian penulis baru berusia 2 tahun dan masih belum menerti apa2 lagi, bila masuk ke  Pondok Pakya penulis diceritakan tentang kejadian tersebut, dihati ketika itu amat sangat untuk mengkaji tentang peristiwa tersebut dan hari ini Alhamdulillah.

Perjalanan menziarahi mangsa kebakaran dan keluarga mangsa yang meninggal memberikan kenangan dan pengalaman yang tidak terhingga besarnya. Tautan ukhwah yang terjalin terasa bagaikan sudah lama terpupuk walaupun ada setengah pihak waris yang menitiskan air mata apabila menerima kunjungan kami namun semuanya berjalan dengan baik.



Isnin, 4 Julai 2011

MAJLIS MEMPERINGATI 27 SYUHADA


Masih ingatkah kita ?

Peristiwa kebakaran yang pernah menggemparkan negara kita pada suatu ketika dulu, tragedi yang meragut nyawa 27 orang pelajar puteri di Sek. Men (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 ini mungkin ada  di antara kita yang masih ingat dan ada juga yg masih belum lahir lagi ke dunia ini.

Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan

\
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa

Peristiwa yang kini hanya tinggal memori di hati ibubapa yang kehilangan puteri mereka, teman yang kehilangan kawan mereka serta guru-guru yang kehilangan anak murid tercinta mereka masih lagi termimpi-mimpi suara manja mereka ketika bergurau senda juga ketika mana suara mereka merintih meminta pertolongan di dalam jilatan api yang mengganas membakar tubuh mereka.


Suasana di tapak kebakaran

Suasana pilu di tapak kebakaran

Ya ALLAH bagaimanakah keadaan mereka ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keadaan dan kepedihan yang mereka alami. Namun bagaimanakah mereka kini, mungkin sedang menikmati istirehat yang aman dan damai di perhentian barzakh Insyaallah.

Maksud sabda Nabi S.A.W :
Kubur itu boleh sahaja menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka.

Serpihan anggota badan mangsa...ALLAHUAKBAR

Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR
Oleh itu pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama barisan ALUMNI telah merancang satu majlis untuk memperingati peristiwa besar ini sekaligus menceritakan kembali kepada masyarakt keadaan yang berlaku pada ketika itu semoga ianya menjadi ikhtibar buat kita semua.

Maksud sabda Nabi S.A.W :Barangsiapa yang keluar untuk mempelajari ilmu ALLAH ( terutama mengenai syariatnya) maka dia berada di atas jalan ALLAH sehingga dia pulang.


PROMO...ALBUM '' BUMIMU TAUFIKIAH ''


Ayuh bersama kita menghadirkan diri ke ''MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI KEBAKARAN PONDOK PAKYA 22 SEPT. 1989

Pada      : 22 Sept. 2011 ( Khamis )
Tempat  : Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah
Acara    : Konvoi ALUMNI ke makam syuhada
             : Tahlil Perdana
             : Tayangan , persembahan pentoman, sajak, nasyid
             : Ceramah pengisahan semula peristiwa

Keterangan lanjut hubungi :
- Ust. Nizam ( 019 5586401 )
- Muhammad Fikri ( 013 5893046 )





Ahad, 3 Julai 2011

Bicara Hamba

Ya ALLAH 
Seringkali hati ini menangis dan merintih
Tiap kali hati ini rasa kecewa dan sedih
kerap juga mengeluh kerana letih
Selalu juga hati ini lelah dan terasa kalah
Ya ALLAH aku ini lemah
Lemah sekali Ya ALLAH

Ya ALLAH hati ini lemah
Tidak istiqamah 
Tidak punyai sifat sebagai hamba Ya ALLAH
Tidak ada rasa malu kepadaMu Ya ALLAH
Namun aku tetap yakin
Kau ada Ya ALLAH
Kau wujud Ya ALLAH
Namun kenapa aku begitu

Ya ALLAH tetapkan hatiku
Agar istiqamahku di jalanmu
Semoga diri ini tabah selalu
Juga sentiasa diri ini muhasabah padamu
Ya ALLAH bantulah aku
HambaMu

Sabtu, 21 Mei 2011

BICARA 2 HATI

Puteriku
Dengarkanlah...bisik hatiku yang mendamba
Kasih setia kerana Yang ESA
Terbina hidup aman bahagia
Hingga membawa kita ke syurga

Puteraku
Aku juga begitu
Mendamba setia tulus darimu
Terpaut hati kerana yang satu
Demi ALLAH cintamu buat diriku

Puteriku
Ku harapkan kuntumanmu itu
Masih segar bila masa kita bertemu
Terjaga rapi indah sekali
Agar nikmat yang bakal dikecapi
Menjadi lebih bererti

Puteraku
Ku akur pada dia yang satu
Untuk siapakah diriku
Kan ku cuba menjaga kembangku ini
Walau terkadang harumannya menjadi fitnah insani
Agar aku berjaya menjaganya
Kerana kembang dan wangiku
Ku persiapkan hanya untukmu
Tapi puteraku...
Bagaimanakah dirimu
Bak kumbang beterbangan
Adakah kau masih bisa bertahan

Puteriku
Terkadang mata ini sayu
Layu melihat bunga-bunga indah di taman
Hingga hampirku mabuk dengan wangian yang memukau
Sukma jiwaku terkadang rasa buntu
Memilih bunga mana yang ingin ku hinggapi
Namun entah mengapa
Kau yang ingini
Walaupun yang menghalang pagar berduri

Puteraku
Ku simpan segala kecantikanku
Segala kewangianku
Hanyalah untukmu
Kerana ku tahu
Kita akan bertemu
Dan diri ini pasti menjadi milikmu
Dan yang ku harapkan kau jua begitu
Menjaga dirimu dari bunga-bunga yang menggodamu
Kerana aku telah tercipta untukmu

INSYAALLAH

Sabtu, 5 Mac 2011

BICARA CINTA

Cinta cinta....
Ada suka...ada derita
Ada indah....ada gelisah
Itulah cinta.....
Buat manusia jadi buta
Buat kita tak tentu hala
Buat insan tidur tak lena
Itulah cinta.....

Terasa ohh...
Nikmatnya cinta
Sehingga alpa pada pencipta
Terabai persoalan dosa pahala
Neraka dan syurga
Cinta...cinta
Rosak kita
Hancur kita
Binasa kita

Sedangkan cinta itu mulia
Dicipta ALLAH kepada makhluknya
Bersih suci membawa bahagia
Bila memilih cinta sempurna
Cinta...cinta
Ramai kita lupa
Erti sebenarnya cinta
Terpatri indah di jiwa manusia
Bukan untuk bersuka ria
Bukan untuk nafsu durjana
Tapi hanya kepada yang esa
Cinta... cinta

Cuba kita renungkan
Mari kita perhatikan
Ayuh kita bermuhasabah
Kemana arahnya cinta kita
Kemana perginya cinta kita
Dan untuk siapa
Cinta kita ?
Dan kerana siapa
Cinta kita ?

Ranungkanlah....

Rabu, 2 Mac 2011

BISIKAN HATI SEORANG MUJAHID



Ya ALLAH....
Ku susuri jalanan penuh duri,
Berliku halangan harus ku tempuhi,
Kerana harapan dan cinta sejati,
Mendakap kasih sayang sejati
Biar semuanya keranamu Ilahi.

Ya ALLAH....
Ku sedari dunia ini misteri,
Terkadang buat langkah terhenti,
Dengan indahnya hiasan duniawi,
Menghadirkan alpa ke sanubari,
Tatkala leka dibuai ilusi,
Hingga lupa amanah Ilahi.

Ya ALLAH...
Hati ini kecewa,
Hati ini derita,
Hati ini sengsara,
Tatkala hadir kasih dan cinta,
Bila menjelma rindu di jiwa,
Terhanyut diri kerana alpa,
Terkaram hati kerana dosa,
Kerana cinta yang bertahta,
Bukan kerana kau yang esa.

Ya ALLAH...
Ku sedari indah kau ciptakan dia,
Ku akui cantik kau hiaskan dia,
Namun ku insafi segalanya,
Hanyalah dugaan insan dunia,
Adakah teguh janji setia,
Antara hamba dan Pencipta.


Ya ALLAH...
Selamatkan hati ini,
Selamatkan jiwa ini,
Agar sentiasa dirahmati,
Agar sentiasa diredhoi,
Di bawah naungan kasih Ilahi,
Agar terbina cinta sejati
Agar lahir cinta abadi,
Agar segalanya kerana Ilahi



Isnin, 28 Februari 2011

LAMARANKU KERANA ALLAH





















Puteriku....
Pertama kali ku memandang dirimu,
Hatiku bergelora dan terpesona,
Lantas di hatiku bertanya,
Siapa dirimu....
Oh indahnya yang ku rasa,
Bila terpandang wajahmu yang ceria,
Terukir manis senyuman mesra,
Tanda dirimu bukan biasa....

Puteriku....
Aku tidak tahu,
Mengapa kau begitu indah pada pandanganku,
Percayalah...
Bukan kerana wajahmu yang ayu,
Bukan kerana harta di sisimu,
Bukan kerana bijak dalam pelajaranmu,
Dan juga bukan kerana nafsuku.

Puteriku...
Percayalah...
Indah dirimu dipandanganku
Kerana akhlakmu yang bermutu
Kerana cintamu pada yang satu
Kerana kasih ibu bapamu
Kerana taat akan agamamu

Tetapi Puteriku...
Aku takut..
Takut memulakan langkah,
Takut diriku tersalah
Takut laknat dari ALLAH,
Takut jatuh diriku terlempar ke lembah,
Kerana alpa kepada ALLAH
Kerana lupa akan perintah.

Puteriku...
Pasrahku hanya pada ilahi,
Menanti takdir yang telah dijanji,

Kerana aku sedari,
Diri hanyalah abdi,
Yang terpaut cinta kerana Ilahi,
Bersemadi kasih sayang sejati.


Puteriku...
Sekarang ku yakini.
Penuh yakin dan penuh pasti,
Setelah istiqarahku sepenuh hati,
Memohon petunjuk dari Ilahi,
Ku rasakan dikau,
Kurnia ilahi...
Buat menemani perjuangan ini,
Menemani diri dikala sepi,
Menyubur kasih cinta Ilahi.


Puteriku....
Ku harapkan kau yang terbaik,
Tercipta buat diriku ini,
Sebagai isteri taat Ilahi,
Sebagai Ibu berjiwa Mithali
Buat aku dan zuriatku
Melayari hidup sebagai hamba Ilahi.


Puteriku....
Percayalah....
Lamaranku kepadamu
Hanyalah kerana ALLAH
Dan terimalah
Terimalah aku
Juga kerana ALLAH.

SETIAP AMALAN ITU DENGAN NIAT ( 1 )


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ

صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ

هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ

یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) .
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Umar ini mempunyai nilai yang amat tinggi di dalam agama kerana setiap perbuatan, pekerjaan dan apa sahaja yang kita lakukan semuanya bergantung kepada niat kita. Jika kita kaji kebanyakan para ulama' hadis meletakan hadis ini di awal permulaan kitab mereka. Hadis ini juga merupakan kepada pucuk kepada sesuatu perkara dan berkisar di atasnya tentang islam.

Abu Daud mengatakan bahawasanya setiap amalan dengan niat dan meletakan bahawa niat itu  separuh dari islam kerana amalan hanyalah dan niat adalah batin. Iman Syafie pula dalam riwayatnya mengatakan bahawa 
perbuatan seseorang berkisar dalam 3 keadaan iaitu dengan hati, lidah serta anggota dan niat merupakan i/3 dari keadaan ini kerana ia terletak di dalam hati.

Sesuatu perkara yang kita lakukan walaupun baik tidak akan dipandang oleh ALLAH jika mempunyai niat sebaliknya, sepertimana hadis yang menceritakan kepada kita tentang penghijrahan seorang lelaki di atas tujuan memperisterikan seorang muslimat, walaupun secara zahirnya perbuatan itu merupakan amalan terbaik yang diperintahkan namun tidak dipandang kerana memiliki niat yang lain. Di dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

'' Sesungguhnya niat sesorang itu lebih baik dari perbuatannya '' 

Oleh itu seharusnya kita menilai diri kita adakah setiap perbuatan yang kita lakukan bersih dari hati yang kotor, walaupun kita menyumbang untuk islam sebanyak berjuta - juta ringgit sekalipun tidak akan dipandang oleh ALLAH S.W.T kerana pandanganNYA jatuh hanya kepada hati. Mungkin perbuatan baik yang kita laksanakan bukan menjadi nikmat dan rahmat malahan akan menjadi laknat atas diri kita disebabkan niat hati yang tidak baik seperti bermegah - megah, riak dan sebagainya.

Sabda Nabi S.A.W :

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu,
tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya
" (H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra ).

Hijrah yang berlaku pada zaman Nabi S.A.W tidak akan terjadi lagi pada masa ini tetapi menurut pendapat para Ulama' hijrah kita pada ketika ini adalah hijrah dari perbuatan jahat kepada baik. Barangsiapa yang berhijrah dari kejahatan kepada kebaikan itu merupakan yang terbaik jika kerana ALLAH S.W.T sepertimana cerita di zaman dahulu ada seorang pemuda yang telah membunuh ramai para Ulama', diriwayatkan hampir 100 orang namun di atas dari keinsafan maka dia pun berlajan menuju ke tempat yang lain dalam harapan untuk berubah. Dalam perjalanan pemuda tersebut telah meninggal, maka datanglah dua Malaikat dari seorang dari neraka dan seorang dari syurga. Stelah berlaku pertelingkahan diantara dua malaikat tersebut maka pemuda tadi ambil oleh malaikat dari syurga kerana di hatinya memiliki taubat yang sebenarnya dan jarak antara kampung yang dituju lebih dekat berbanding kampung yang ditinggalkan. 

Kalau kita perasan juga  mengenai hadis di atas, mengapakah Nabi S.A.W mengatakan niat kerana dunia dan seisinya serta perempuan yang mahu dikhawini sedangkan kalau kita fikirkan bahawa perempuan itu sudah termasuk dalam isi dunia. Penekanan yang dibuat tentang wanita ini adalah untuk menyedarkan kita bahwa fitnah perempuan merupakan senjata utama syaitan dalam merealisasikan matlamatnya untuk menyesatkan umat manusia terutama kaum adam. Kalau kita lihat fenomena dunia akhir zaman sekarang tahulah kita bahawa benarlah sabda Nabi kerana keadaan wanita dengan pakaian dan penampilan yang membuatkan keinginan lelaki kearah maksiat semakin menjadi - jadi, sebab itulah penekanan dibuat tentang wanita.

Sabda Nabi S.A.W :

Tidak aku tinggalkan selepas aku fitnah yang merbahaya ( besar ) ke atas kaum lelaki daripada wanita

Sabtu, 26 Februari 2011

REALITI REVOLUSI DI YAMAN

Semalam penulis dan 2 orang kawan berkesempatan untuk pergi ke kedai buku Khalid Al Walid di hadapan City Mart, Dairy. Dalam perjalanan ke sana kami terpaksa melewati ribuan manusia yang berkampung di kawasan berkenaan sepanjang hampir 3 kilometer bermula dari persimpangan kedai buku Al Jadid sehingga ke persimpangan City Mart. Anggaran hampir 5 ribu manusia berada di kawasan itu dalam protes menggesa Presiden Ali Abdullah Salleh meletakkan jawatan.

Sepanjang perjalanan ke kedai buku penulis dan kawan2 tidak melepaskan peluang untuk melihat keadaan di sekitar tempat berkenaan yang banyak didirikan khemah untuk penginapan. Suasana yang berbeza dengan 2 hari lepas menyaksikan pertambahan luar biasa mereka di situ. Dalam perjalanan ke sana kami dikejutkan dengan bunyi kereta polis dari arah City Mart, penulis dan kawan2 terpaksa bergegas dengan cepat untuk sampai ke kedai buku memandangkan banyak kedai yang menutup pintu kedai apabila mendengar kehadiran polis ala-ala FRU, namun kami dihalang oleh pengawal keselamatan di situ bagi mengelakan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.Akhirnya kami mengambil jalan belakang untuk sampai ke kedai buku Khalid Al Walid.

Kesempatan menjual daun khat juga tidak ketinggalan

Bersila mendengar ucapan

Dalam kejadian yang berlaku semalam apabila kedengaran bunyi menandakan kehadiran polis, kami terdengar pula wisel yang memberi isyarat kepada penunjuk perasaan di situ tanda kehadiran anggota polis. Maka ramailah penunjuk perasaan yang berkumpul di persimpangan City Mart sambil melaungkan ungkapan '' Wahai ALI Turun - Turun '' dengan penuh semangat, dan sekali lagi penulis dan kawan2 tersekat dalam lautan manusia.

Syeikh Abdul Majid menegaskan bahawa protes atau tunjuk perasaan merupakan salah satu dari cabang jihad di mana kita dalam usaha '' Amar Makhruf Nahi Munkar ''. Menurut syeikh lagi kalau Presiden Ali Salleh sayangkan rakyat maka beliau harus akur dengan kehendak rakyat dan beliau perlu mengambil ikhtibar dengan apa yag telah berlaku di Tunisia, Mesir dan yang terbaru di Libya. Penulis juga mendapat maklumat bahawa rakyat disini hanya menanti kejatuhan Presiden Libya, dan ianya akan menjadi inspirasi dalam kebangkitan rakyat Yaman.

Semasa dalam perjalanan pulang pula setelah selesai urusan di kedai buku, kami berkesempatan mendengar ucapan beberapa pemimpin yang sedang memberi semangat kepada para penunjuk perasaan dan kedengaran suara seorang budak yang memberi ucapan dengan disambung laungan takbir. Penulis sempat bertanya tentang seorang yang telah terkorban pada hari kemarin dalam revolusi di Adden, dan jawapan yang diterima adalah benar, bahawa kemarin ada seorang yang terkorban. Menurut beliau ini merupakan sunnah dalam perjuangan sepertimana yang dilalui oleh para Anbiya' dan sahabat2 dalam menegakkan agama yang tercinta ini, menurut beliau juga Nabi S.A.W. sendiri pernah mengalami kecederaan dalam peperangan Uhud.

Semakin hari kami dapati semakin ramai yang mengikuti protes ini dan pada hari Jumaat kemarin bandar Diary digegarkan dengan himpunan ratusan ribu manusia dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Penulis mendapat maklumat pada 3 malam yang lepas 2 orang pelajar Malaysia telah terperangkap dalam keadaan tembak menembak yang berlaku diantara 2  pihak, namun   kedua - dua pelajar berkenaan selamat dan tidak mengalami apa2 kecederaan. Maklumat yang diterima juga pada malam yang sama tetapi di waktu yang masih awal 2 orang sahabat yang ke Dairy telah dipanggil oleh penunjuk perasaan disana dan diceritakan mengenai apa yang terjadi dan bakal terjadi seterusnya dibawa ke khemah yang menempatkan Abang kepada seorang yang telah tekorban dalam revolusi untuk memberi ucapan takziah.


Dilihat kini hampir setiap masjid  melakukan Qunut Nazilah disetiap rakaat terakhir dalam solat memohon kesejahteraan dan keselamatan dari ALLAH S.W.T. Oleh  itu marilah sama -sama kita mendoakan agar ALLAH menyelamatkan kita umat islam di dunia dan akhirat, semoga segala yang terjadi ini berkesudahan dengan baik. Kami juga memohon doa dari keluarga dan masyarakat Malaysia agar kami diberi pelindungan oleh ALLAH. Insyaallah sehingga kini keadaan masih lagi terkawal dan akan berahhir dengan cara yang baik sepertimana yang diharapkan oleh semua pihak insyaallah.

Wassalam.

Jumaat, 25 Februari 2011

PENGHIJRAHAN BOB LOKMAN

Maksud Firman ALLAH S.W.T :
Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya, nescaya Dia ( ALLAH ) akan melapangkan akan dadanya ( membuka hatinya ) untuk menerima islam.

( Al – An’am :125 )


Sukar untuk kita meneka dan begitu juga sukar untuk kita percaya bahawa seseorang yang pernah popular di kaca tv suatu ketika dulu, dengan gelagat yang pastinya tidak mungkin kita lupa kini sudah berubah hidupnya dengan dulu berpakaian yang ala-ala rock dan moden kini sudah diselimuti dengan pakaian penuh islamik.

Bob Lokman bersama Nasaruddin Tantawi
di Pentas Himpunan 30K

Beserban sedang bersila semasa Program Solat Hajat & Ceramah Perdana
( waktu berlangsungnya AJL 25 )
Begitulah kuasa ALLAH yang telah menghijrahkan pelakon, pengacara dan penulis lirik popular tanah air satu ketika dulu Bob Lokman ke jalan yang penuh cahaya penuh gemerlapan. Tindakan beliau yang mengundurkan diri sebagai pengkritik program Raja Lawak kali ke-5 dengan berpakaian jubah dan berserban telah mengejutkan banyak pihak terutama pihak Astro sendiri yang tidak menyangka tindakan yang akan diambil oleh beliau.

Menyerahkan borang keahlian kepada Y.A.B Ustaz Azizan

Semangat baru membina MALAYSIA maju

Sewaktu AJL 25 berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil beliau telah pergi ke Stadium Melawati bagi mengikuti ceramah perdana dan solat hajat. Cicit kepada Tok Kenali ini telah melakukan penghijrahan beliau ke dalam PAS semasa Himpunan 30K Pemuda yang bertempat di perkarangan Markas PAS Kedah. Beliau juga telah mengistiharkan diri memuluk PAS dihadapan pemuda yang hadir disaksikan oleh pimpinan PAS di semua peringkat, borang keahlian diserahkan kepada Y.A.B Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.


Bersama Mahfuz Omar di Stadium Melawati

SUASANA SEKITAR REVOLUSI YAMAN

Muslimat antara yang turut serta

Khusuk mendengar ucapan semangat

Semakin hari...semakin ramai

Sepanduk tertera ayat2 ALLAH


Berkhemah di siniii

Samoai duk atas tu laaa

Jalanraya ini akhirnya menjadi pusat penginapan & lepak

                                                        Antara khemah yang didirikan

Ribuan manusia membanjiri jalan DAIRY

PROTES berterusan

Semangat anak muda

Suasana malam yang semakin mengembang

Berucap memberi semangat

Gambar Ali Abdullah Salleh yang dihina

Gambar Ali Abdullah Salleh yang dihina
Antara slogan2 yang dilaung-laungkan
Ya Ali turun....turun....

Semangat seorang bapa bersama anak

Revolusi yang semakin menjadi-jadi
menggesa peletakan jawatan Ali Salleh
Bersemangat...... Kanak2 dengan pakaian seragam askar
mengibarkan bendera

Inspirasi perjuangan
pemuda yang terkorban dalam revolusiii

Antara kemusnahan yang berlakuu

Suntikan semangat

Suasana ketika solat jumaat...kemarin

Memohon di beri pertolongan oleh ALLAH

Di mana2 ALLAH tetap bersama

Pemimpin pergerakan memberi ucapan

Semangat yang kental...

Kebangkitan....anak2 muda sebagai teraju utamaa pergerakan