Sabtu, 8 Mei 2010

Tuan Guru Pak Ya Junid



Tuan Guru Haji Yahya bin Junid

PDF Cetak emel
Ditulis oleh pondokpakya
Khamis, 23 Julai 2009 10:54


Tuan Guru Haji Yahya Junid atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Junid dilahirkan pada 3 Oktober 1911 di Kampung Selengkoh, Yan, Kedah.

Mula mempelajari Al-Quran daripada ibunya sendiri. Atas kehendak ibunya yang mahu beliau mendalami dan menguasai ilmu agama, beliau dihantar belajar di Sungai Bakap, Seberang Perai. Pada ketika itu ibunya sedang sakit. Oleh kerana beliau terlalu mengingati ibunya, beliau tidak sempat belajar di sana. Setelah ibunya meninggal pada tahun 1922, beliau diasuh oleh neneknya sehingga neneknya meninggal dunia di Mekah pada tahun 1923. Kemudian bapanya menghantar beliau ke rumah Lebai Faqeh dan belajar di Sekolah Melayu Titi Gajah. Beberapa bulan kemudian Lebai Faqeh telah kembali ke Rahmatullah lalu beliau pulang membantu bapanya mengerjakan sawah.

Untuk memenuhi permintaan ibunya, bapa saudaranya menghantar beliau berguru dengan Lebai Long di Pondok Chegar selama beberapa bulan kemudian beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Ghani di Tandop Pengkalan Kundur sehingga tahun 1930. Selepas itu beliau berguru dengan Sheikh Husin Nasir dan Tuan Guru Ahmad Tuan Husin di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.

Kemudian beliau pergi ke Kelantan dan menumpang di rumah Haji Ibrahim Tok Raja ( bekas mufti Kelantan ) berhampiran Masjid Muhammadi. Di sana beliau mengikuti kelas-kelas pengajian daripada ulama-ulama Kelantan yang masyhur seperti Tuan Guru Hj Ali, Tuan Guru Hj Saad, Hj Yaakob Langgar, Sheikh Abdullah Tahir, Sheikh Ahmad Kamuni ( bekas mufti Kelantan ) dan ramai lagi ulama yang sempat beliau berguru.

Pada Tahun 1936 beliau pulang ke Kedah dan berkahwin dengan Zawiyah bt Hashim dan kemudian ke Mekah pada tahun yang sama. Sekembalinya ke tanah air beliau telah melibatkan diri dalam bidang pendidikan dan menyertai umno untuk menuntut kemerdekaan. Selepas 17 tahun terlibat, beliau membawa keluarganya ke Mekah untuk belajar d sana selama setahun.

Jasa Mengembangkan Ilmu Agama

Bermula di sebuah madrasah yang dibina oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin pada tahun 1942 yang pada ketika itu hanya terdapat 14 orang pelajar sahaja. Pada yang sama, beliau telah diuji oleh Allah dengan kematian 2 orang anak serta isteri tersayang.

Kemudian beliau dijodohkan pula dengan Hajjah Maryam Hj Taib iaitu Anak Saudara Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husin. Isterinya yang kedua mahir serta berkebolehan dalam bahasa arab turut menjadi tenaga pengajar di situ.
Pusat pengajian tersebut yang diusahakn beliau seakin berkembang serta mendapat perhatian banyak pihak sehinggalah beliau berjaya menjadikannya sebagai sebuah pusat pengajian sepenuh masa yang diberi nama Madrasah Taufikiah Khairiah Halimiah seperti sekarang.

Selain menubuhkan madrasah tersebut, beliau turut mengasaskan penubuhan serta pembinaan Masjid Kampung Sungai Dedap dan Masjid Batu 17, Guar Chempedak.

Jasa dalam Perkembangan PAS

Pak Ya Junid terlibat secara langsung dalam penubuhan PAS pusat pada 24 november 1951 secara amnya. Secara khusunya beliau adalah Pengasas PAS Kedah.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Kedah yang pertama sehinggalah beliau melepaskan jawatan tersebut kepada menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdu Razak pada tahun 1997 atas faktor kesihatan. Beliau juga pernah menyandang jawatan Yang Di Pertua PAS Yan ( sebelum dikenali sebagai Sala & Jerai ) dari tahun 1953-1999, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama' PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Beliau juga pernah bertanding sebagai calon Parlimen Sik pada tahun 1959 dan Dewan Undangan Negeri Sala pada tahun 1964, 1974 dan 1978. Beliau menang di DUN Sala pada tahun 1974 dan 1978 ketika PAS berada dalam Kerajaan BN.

Jawatan dalam Kerajaan Kedah

Sebagai seorang tokoh agama yang amat disegani, peranan beliau amatlah diperlukan serta diiktiraf kerajaan. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah, Ahli Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), dan Ahli Jawatankuasa Majlis Zakat Kedah.

Bagaimanapun atas ketegasannya mempertahankan kesyahidan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya yang dibunuh dalam peristiwa berdarah Memali pada 18 november 1985, beliau telah dipecat dari ketiga-tiga jawatan tersebut. Turut dipecat ialah menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdul Razak yang memegang jawatan Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) pada ketika itu.

Hubungan dengan Sultan Kedah

Tuan Guru Yahya Junid mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Tuanku Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Tuanku amat menghormati beliau sebagai seorang ilmuan agama.

Ketika beliau sedang nazak di Putra Medical Centre (PMC), Tuanku Sultan telah meluangkan masa menziarahi beliau. Namun pada hari pengkebumiannya, Tuanku Sultan terpaksa menghadiri urusan rasmi di Kota Kinabalu tetapi Tuanku Sultan telah menghantar wakil peribadi baginda bagi mewakilinya pada hari pengkebumian tersebut.

Tuan Guru Haji Yahya Junid telah kembali ke Hadrat Ilahi pada 6 Ogos 2001 pada usia 90 tahun. Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh 5000 lebih jemaah yang hadir diimamkan oleh Presiden PAS Dato' Hj Fadzil Mohd Noor.

Al-Fatihah………








Muktamar Sanawi Ke13

ALHAMDULILLAH

Dengan izin Allah S.W.T Muktamar Senawi Permaya Ke13 berjaya dilangsungkan dengan cemerlangnya. Muktamar yang berlansung pada 30 April 2010 (Sabtu) telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Duta telah menempa beberapa kejayaan dan kemajuan dalam permaya, di mana dalam Muktamar pada kali ini perasmian Dana untuk Van dan Usrah PERMAYA dilancarkan.

Muktamar pada kali ini juga menyaksikan beberapa perubahan yang besar seperti pembentukan perwakilan dari jamiah2 serta kaedah perbahasan yang sebenar, perubahan pada pucuk pimpinan juga menyaksikan Megat yang sebelum ini menyandang jawatan EXCO Kebajikan dilantik sebagai Persiden PERMAYA buat sesi ini.



Bergambar bersama selepas Muktamar



Penulis juga berkesempatan untuk bersama-sama dalam Muktamar ini sebagai perwakilan dari lain2 Jamiah. Apa yang dapat dikatakan bahawasanya PERMAYA sedang menuju kerah kemajuan dan kegemilangan.





Bersama penasihat PERMAYA, Pengerusi Tetap Muktamar & Aizat


Semoga kita semua dapat berkerjasama dan berdoa agar PERMAYA terus kedepan sebagai satu medan kepada mahasiswa di Yamen untuk berdikari sebelum kembali ke tanah air dalam usaha mendaulatkan islam yang tercinta.


Bersama pelajar dari kedah


Oleh yang demikan jua sama2lah kita meletakan PERMAYA di posisi yang selayaknya sesuai dengan umurnya PERMAYA 13 tahun.


Hebatnya IMAN

Pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang pemuda yang memiliki keimanan yang kuat dalam mengabdikan diri kepada ALLAH dan Rasulnya. Beliau merupakan seorang lelaki yang rendah dan berkulit hitam berasal dari yamamah,dia merupakan seorang sahabat yang baru memeluk islam pada ketika itu. Juwaibar telah di tempatkan di sebuah bangsal bernama As-Suffah iaitu sebuah tempat yang disediakan bagi sahabat-sahabat yang baru memeluk islam. 

Juwaibar adalah seorang sahabat yang gigih dalam membantu perjuangan Rasulullah S.A.W dalam meninggikan islam dan sentiasa tabah serta sabar walau apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasil kepada dirinya. Pada suatu hari Rasulullah S.A.W terfikir untuk mencarikan untuknya seorang isteri yang dapat menjaga dan menguruskan kehidupannya kerna hingga waktu itu ia masih belum lagi mendirikan rumah tangga. Rasulullah memanggil Juwaibar dan mengatakan hasratnya untuk mencarikan seorang isteri untuknya namun Juwaibar dengan perasaan rendah diri mengatakan ‘ Ya Rasulullah aku adalah seorang lelaki yang huduh dan hina serta tidak mempunyai wang siapakah yang sanggup menerima aku sebagai suami’ maka Rasulullah S.A.W mengatakan ‘ Ya Juwaibar sesungguhnya di sisi ALLAH S.W.T semua makhluknya adalah sama tidak kira sama ada putih atau hitam, kaya atau miskin tetapi ketaqwaanlah yang menjadi perbezaan di antaranya dan ketahuilah wahai sahabatku kau di pandanganku termasuk orang-orang yang dimuliakan. 

Tunduk wajahnya dan tanpa disedari air matanya menitis kerana hiba hatinya mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W meneruskan kata-katanya dengan mengatakan ‘Ya Juwaibar di sana ada seorang ketua kabilah Bayadlah bernama Ziyad seorang yang terkenal dengan dengan kuatnya beribadah dan keluarganya terdiri daripada orang yanrhormat diantara kaum ansar, pergilah kepadanya membawa pesan dariku agar dinikahi kau dengan anak perempuannya yang bernama Zulfah. Berdebar hatinya dan terfikir apakah yang harus di lakukan ? Adakah aku akan diterima ? Tetapi jika aku tidak pergi bermakna aku telah menderhakai perintah Rasulullah S.A.W. Rasa salah bermain di jiwanya dan terkadang terasa gembira dengan khabaran dari Rasulullah lalu dengan tekad dan keberanian diteruskan jua untuk pergi bertemu dengan Ziyad. 

Tibanya disana ia pun mengkhabarkan pesanan dari Rasulullah dan terkejutlah Ziyad dan sahabat-sahabatnya yang ada di situ sambil memerhatikan rupa paras Juwaibar kalau dipadankan dengan Zulfah seorang yang jelita. Sambil rendah diri Juwaibar mengatakan saya benar dan bukan berdusta, lalu Ziyad mengatakan aku tidak akan mengawini puteri saya kecuali yang sekutu dengannya tetapi biarlah aku pastikan dari mulut Rasulullah S.A.W sendiri. Juwaibar dengan rasa dukacita pun pulangsetelah lamarannya ditolak tetapi kedukaannya dihiburkan dengan kekuatan iman di dadanya. Zulfah yang mendengar perbulan itu menghampiri ayahnya dan berkata ‘ Apakah yang ayah katakan pada Juwaibar menyebabkan dia bersedih ? Lalu Ziyad menceritakan segalan pada Zulfah, lalu Zulfah mengatakan ayah tidah boleh berburuk sangka padanya. Mustahil dia sanggup berbohong atas nama Rasulullah. Akhirnya Ziyad mengalah dan mengutus seseorang untuk menjemput Juwaibar semula. Kalau diikitkan malas untuk Juwaibar berpatah balik tetapi kerana menghormati Ziyad di sanggupi juga. Ziyad terus menemui Rasulullah S.A.W untuk mendapat kepastian. 

Setibanya di hadapan Rasulullah ia terus berkata ‘Benarkan apa yang telah di sampaikan oleh Juwaibar Ya Rasulullah’ sedangkan aku ingin mengawinkan anakku dengan pemuda yang sekutu dengannya’maka Rasulullah menjawab sambil merenungnya dengan pandangan yang tajam ‘ Ya Ziyad ketahuilah Juwaibar seorang yang beriman. Dan orang yang beriman sedarjat dengan yang setutu dengannya, dan mungkin kau merasakan kau lebih rendah darjatnya dibandingkan dengan Juwaibar bererti imanmu lebih lemah dari juwaibar’. Medengar kata-kata rasulullah S.A.W dia terdiam sambil memikirkan apa yang telah dikatakan Rasulullah padanya dan di dalam hati ia mengatakan ‘Engkau benar Ya Rasulullah’. Maka tidak berapa lama selepas itu Ziyad pun menerima lamaran dari Juwaibar dan mengahwinkan Zulfah untuk Juwaibar. Seluruh kabilah Ziyad B. Labit bergotong-royong membina rumah untuk pasangan pengatin baru itu. 

Zulfah seorang wanita yang beriman dan jelita merasa gembira di nikahkan atas pilihan Rasulullah S.A.W. Namun beberapa malam sudah dinikahkan Juwaibar tidak pernah menyentuh isterinya menyebabkan Zulfah mengadu hal berkenaan kepada wanita tertua dalam kabilahnya dan akhirnya berita itu sampai kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W memanggil Juwaibar dan bertanya kepadanya’ Adakah kau tidak menyukai perempuan? Lantas Juwaibar menjawab ‘ Ya Rasulullah aku seorang yang hitam, huduh, dan miskin tetapi ALLAH telah menganugerahkanku seorang isteri yang cantik dan kaya serta menganugerahkan kepadaku rumah yang besar dan keperluan yang banyak , adakah tidak layak untuk aku menyatakan kesyukuranku ini yang tidak terhingga padanya paling kurang hanyalah 3 malam berturut-turut. Setelah mendengar jawapan dari Juwaibar tersentuhlah hati Rasulullah dalam melihat keimanan pada diri Juwaibar.

Begitulah sebuah kisah yang terjadi pada Zaman Rasulullah S.A.W tentang keimanan yang kuat seorang pemuda bernama Juwaibar dan seorang wanita bernama Zulfah dimana keimanan mereka mengatasi segalanya. Seperti mana yang telah ALLAH rakamkan di dalam Al Quran :

Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakanmu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa dikalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Menetahui Lagi Maha Mengenal ( Al Hujurat 13 ).

Kita hanyalah manusia yang mana kita diberikan oleh Allah akal untuk berfikir dan mencari ilmu dalam meninggikan martabat kita di sisi Allah S.W.T. Tetapi dalam keadaan kita dianugerahkan nikmat akal iaitu satu nikmat yang telah meletakkan kita mulia sebagai makhluknya tidak semua hal akan kita selesaikan dengan baik. Selalunya apabila sesuatu hal yang berlaku pada kita tanpa kemahuan kita menyebabkan kita tidak berpuas hati dan sering menyoal mengapakah Allah menjadikan begini dan begini sedangkan segala yang telah ditakdirkan Allah kepada kita merupakan yang terbaik untuk kita seperti firmannya dalam Al Quran :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat bagi untukmu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. ( Al Baqarah 216 )

Maka marilah kita bersama-sama menguatkan keimanan kita kepada Allah S.AW seperti Juwaibar di mana keimanannya telah memuliakannya di kalangan para sahabat dan marilah juga kita memupuk kesyukuran pada Allah seperti bersyukurnya Juwaibar kepada Allah di atas kurniaan Allah kepadanya. Bagi wanita boleh mengambil pengiktibaran daripada Zulfah seorang wanita yang jelita dan kaya merasa gembira kerana dinikahi dengan pemuda pilihan Rasulullah disebabkan keyakinannya bahawa perkahwinan ini akan membawa kebahagian buat di dunia dan juga di akhirat sana.

Begitulah kehebatan iman yang mana dengannya mengangkat darjat manusia serta dimuliakannya di dunia lagi serta redho dan akur dengan pilihan yang ditentukan oleh Allah kerna iman yang mekar di hati lebih subur dari cinta akan duniawi.


6 Pertanyaan

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
Labels: