Sabtu, 23 Julai 2011

ZIARAH MAHABBAH ( Mangsa kebakaran & Keluarga Syuhada' )

Alhamdulillah......penulis dan kawan-kawan ALUMNI Sek. Men ( A ) Taufikiah telah diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk mencari semula keluarga mangsa 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 22 Sept. 1989 yang telah terputus hubungan hampir 20 tahun lamanya. Peluang yang diberikan oleh ALLAH ini suatu pengalaman yang sungguh berharga dalam kehidupan penulis dan kawan-kawan.


Bergambar kenangan dengan kak maznah


 Bersama ayah arwah kak kamsiah

 Adik2 junior bersama kak maznah

 rindu seorang ayah

 Bersama ibu arwah kak kamsiah











Ketika kejadian penulis baru berusia 2 tahun dan masih belum menerti apa2 lagi, bila masuk ke  Pondok Pakya penulis diceritakan tentang kejadian tersebut, dihati ketika itu amat sangat untuk mengkaji tentang peristiwa tersebut dan hari ini Alhamdulillah.

Perjalanan menziarahi mangsa kebakaran dan keluarga mangsa yang meninggal memberikan kenangan dan pengalaman yang tidak terhingga besarnya. Tautan ukhwah yang terjalin terasa bagaikan sudah lama terpupuk walaupun ada setengah pihak waris yang menitiskan air mata apabila menerima kunjungan kami namun semuanya berjalan dengan baik.



1 ulasan:

  1. semoga.Allah merahmati jasa baik kalian..program yang sgt baik..semoga mereka yang syuhada'ditempatkan dikalangan para anbiya,wasolihin wasyuhada..:-)

    BalasPadam