Rabu, 23 Februari 2011

REALITI REVOLUSI YAMAN 2

Alhamdulillah segala pujian hanya bagi ALLAH S.W.T yang telah menghidupkan kita semua dalam keadaan Iman dan Islam serta selawat dan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan kepada mereka yang telah bertungkus lumus dalam memartabatkan islam di muka bumi ini.

Semalam penulis dan 3 orang sahabat lagi telah diberikan peluang oleh ALLAH untuk menziarahi beberapa kawasan berlakunya MUZHOHARAH di Yaman, setelah selesai beberapa urusan kami. Pada tengahari kami dapati kawasan Dairy yang menjadi tempat perhimpunan Anti-Kerajaan dipenuhi dengan khemah2 yang dipasang dan dipenuhi dengan kawalan askar dan pihak Anti-Kerajaan.

Perjalanan kami ke kedai kitab Khalid Al-Walid terpaksa berhadapan dengan pemeriksaan keselamatan yang agak ketat,seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Tahrir yang juga merupakan tempat selalu berlakunya demontrasi. Tahrir buat pertama kalinya berjaya menghimpunkan ramai Anti-Kerajaan dalam demontrasi pada peringkat pertama, tetapi kini kawasan Tahrir sudah dipenuhi dengan khemah2 Pro-Kerajaan yang bersedia menghalang dan membatalkan setiap perhimpunan yang dirancang.

Menurut Duta Besar Malaysia Ke Yaman pihak kerajaan telah mengadakan kawalan ketat di perkarangan Tahrir disebabkan senditif terhadap apa yang berlaku di mesir yang mana kejatuhan Husni Mubarak akibat demontrasi di kawasan bernama Tahrir juga. Tetapi penulis mendapat maklumat dari pemandu teksi bahawa demontrasi setiap hari berlaku di kawasan itu.

Setelah berada di kawasan tahrir penulis dan kawan2 telah mengambil keputusan untuk pulang dan sekali lagi kami terpaksa melalui jalan Dairy untuk balik kerumah. Semasa dalam perjalan kami sekali lagi diperiksan dengan askar dan pihak Anti-Kerajaan sambil penulis melawak dengan pengawal yang memeriksa dengan mengatakan ( takde bom ye dengan kami ) dan disambut dengan senyuman oleh pemeriksa tersebut. Dalam perjalanan kami melihat sebuah kereta yang terbakar, katanya kejadian berlaku selepas zohor berpunca dari serangan dari pihak tertentu.

Dalam perjalanan kami di kawasan dairy kami ditegur oleh seorang arab Anti-Kerajaan dan bersembang agak lama dengan kami, beliau menceritakan kepada kami mengapa didirikan khemah yang banyak di kawasan itu. Menurut beliau tujuan utama tersebut adalah untuk menarik perhatian lebih ramai rakyat untuk turun bersama mereka dalam proses menjatuhkan Presiden Ali Abdullah Salleh.

Semoga segala yang terjadi ini dapat diselesaikan dengan baik dan menjadi pengajaran kepada kerajaan2 yang lain bahawasanya bila amanah rakyat dikhianati maka inilah akan terjadi.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan