Sabtu, 21 Mei 2011

BICARA 2 HATI

Puteriku
Dengarkanlah...bisik hatiku yang mendamba
Kasih setia kerana Yang ESA
Terbina hidup aman bahagia
Hingga membawa kita ke syurga

Puteraku
Aku juga begitu
Mendamba setia tulus darimu
Terpaut hati kerana yang satu
Demi ALLAH cintamu buat diriku

Puteriku
Ku harapkan kuntumanmu itu
Masih segar bila masa kita bertemu
Terjaga rapi indah sekali
Agar nikmat yang bakal dikecapi
Menjadi lebih bererti

Puteraku
Ku akur pada dia yang satu
Untuk siapakah diriku
Kan ku cuba menjaga kembangku ini
Walau terkadang harumannya menjadi fitnah insani
Agar aku berjaya menjaganya
Kerana kembang dan wangiku
Ku persiapkan hanya untukmu
Tapi puteraku...
Bagaimanakah dirimu
Bak kumbang beterbangan
Adakah kau masih bisa bertahan

Puteriku
Terkadang mata ini sayu
Layu melihat bunga-bunga indah di taman
Hingga hampirku mabuk dengan wangian yang memukau
Sukma jiwaku terkadang rasa buntu
Memilih bunga mana yang ingin ku hinggapi
Namun entah mengapa
Kau yang ingini
Walaupun yang menghalang pagar berduri

Puteraku
Ku simpan segala kecantikanku
Segala kewangianku
Hanyalah untukmu
Kerana ku tahu
Kita akan bertemu
Dan diri ini pasti menjadi milikmu
Dan yang ku harapkan kau jua begitu
Menjaga dirimu dari bunga-bunga yang menggodamu
Kerana aku telah tercipta untukmu

INSYAALLAH

Sabtu, 5 Mac 2011

BICARA CINTA

Cinta cinta....
Ada suka...ada derita
Ada indah....ada gelisah
Itulah cinta.....
Buat manusia jadi buta
Buat kita tak tentu hala
Buat insan tidur tak lena
Itulah cinta.....

Terasa ohh...
Nikmatnya cinta
Sehingga alpa pada pencipta
Terabai persoalan dosa pahala
Neraka dan syurga
Cinta...cinta
Rosak kita
Hancur kita
Binasa kita

Sedangkan cinta itu mulia
Dicipta ALLAH kepada makhluknya
Bersih suci membawa bahagia
Bila memilih cinta sempurna
Cinta...cinta
Ramai kita lupa
Erti sebenarnya cinta
Terpatri indah di jiwa manusia
Bukan untuk bersuka ria
Bukan untuk nafsu durjana
Tapi hanya kepada yang esa
Cinta... cinta

Cuba kita renungkan
Mari kita perhatikan
Ayuh kita bermuhasabah
Kemana arahnya cinta kita
Kemana perginya cinta kita
Dan untuk siapa
Cinta kita ?
Dan kerana siapa
Cinta kita ?

Ranungkanlah....

Rabu, 2 Mac 2011

BISIKAN HATI SEORANG MUJAHID



Ya ALLAH....
Ku susuri jalanan penuh duri,
Berliku halangan harus ku tempuhi,
Kerana harapan dan cinta sejati,
Mendakap kasih sayang sejati
Biar semuanya keranamu Ilahi.

Ya ALLAH....
Ku sedari dunia ini misteri,
Terkadang buat langkah terhenti,
Dengan indahnya hiasan duniawi,
Menghadirkan alpa ke sanubari,
Tatkala leka dibuai ilusi,
Hingga lupa amanah Ilahi.

Ya ALLAH...
Hati ini kecewa,
Hati ini derita,
Hati ini sengsara,
Tatkala hadir kasih dan cinta,
Bila menjelma rindu di jiwa,
Terhanyut diri kerana alpa,
Terkaram hati kerana dosa,
Kerana cinta yang bertahta,
Bukan kerana kau yang esa.

Ya ALLAH...
Ku sedari indah kau ciptakan dia,
Ku akui cantik kau hiaskan dia,
Namun ku insafi segalanya,
Hanyalah dugaan insan dunia,
Adakah teguh janji setia,
Antara hamba dan Pencipta.


Ya ALLAH...
Selamatkan hati ini,
Selamatkan jiwa ini,
Agar sentiasa dirahmati,
Agar sentiasa diredhoi,
Di bawah naungan kasih Ilahi,
Agar terbina cinta sejati
Agar lahir cinta abadi,
Agar segalanya kerana Ilahi



Isnin, 28 Februari 2011

LAMARANKU KERANA ALLAH





















Puteriku....
Pertama kali ku memandang dirimu,
Hatiku bergelora dan terpesona,
Lantas di hatiku bertanya,
Siapa dirimu....
Oh indahnya yang ku rasa,
Bila terpandang wajahmu yang ceria,
Terukir manis senyuman mesra,
Tanda dirimu bukan biasa....

Puteriku....
Aku tidak tahu,
Mengapa kau begitu indah pada pandanganku,
Percayalah...
Bukan kerana wajahmu yang ayu,
Bukan kerana harta di sisimu,
Bukan kerana bijak dalam pelajaranmu,
Dan juga bukan kerana nafsuku.

Puteriku...
Percayalah...
Indah dirimu dipandanganku
Kerana akhlakmu yang bermutu
Kerana cintamu pada yang satu
Kerana kasih ibu bapamu
Kerana taat akan agamamu

Tetapi Puteriku...
Aku takut..
Takut memulakan langkah,
Takut diriku tersalah
Takut laknat dari ALLAH,
Takut jatuh diriku terlempar ke lembah,
Kerana alpa kepada ALLAH
Kerana lupa akan perintah.

Puteriku...
Pasrahku hanya pada ilahi,
Menanti takdir yang telah dijanji,

Kerana aku sedari,
Diri hanyalah abdi,
Yang terpaut cinta kerana Ilahi,
Bersemadi kasih sayang sejati.


Puteriku...
Sekarang ku yakini.
Penuh yakin dan penuh pasti,
Setelah istiqarahku sepenuh hati,
Memohon petunjuk dari Ilahi,
Ku rasakan dikau,
Kurnia ilahi...
Buat menemani perjuangan ini,
Menemani diri dikala sepi,
Menyubur kasih cinta Ilahi.


Puteriku....
Ku harapkan kau yang terbaik,
Tercipta buat diriku ini,
Sebagai isteri taat Ilahi,
Sebagai Ibu berjiwa Mithali
Buat aku dan zuriatku
Melayari hidup sebagai hamba Ilahi.


Puteriku....
Percayalah....
Lamaranku kepadamu
Hanyalah kerana ALLAH
Dan terimalah
Terimalah aku
Juga kerana ALLAH.