Selasa, 15 Februari 2011

Rokok...Rokok




Merokok merupakan satu penyakit yang sukar diubati, permulaan virus dari mereka yang membenci islam untuk menghancurkan fikiran umat islam. Bermula dengan merokok sebagai permulaan diikuti ganja kemudiannya dadah, arak dan pelbagai lagi perkara yang menjatuhkan maruah dan nilai diri seseorang muslim itu. Kini kita boleh perhatikan fenomena yang berlaku di Negara yang kita sayangi Malaysia, bagi seseorang lelaki itu tidak dikatakan ‘jantan’ kalau tak merokok, tak dikatakan ‘macho’ kalau tak merokok, demi membuktikan kejantanannya dan jua kemachoanan maka bermulalah semangat yang berkobar-kobar di dalam hatinya untuk menyahut cabaran dari rakan2 dan akhirnya terjebaklah dalam satu keadaan yang meletakan dirinya hina dipandangan agama.

Penulis di sini pernah menemui seorang teman yang ponteng puasa semasa dalam bekerja, penulis pernah menanyakan akan sebab dia meninggalkan puasa, dan jawapannya mudah sahaja yang mana boleh kita lihat di sini pengaruh rokok kepada seseorang ‘ aku kalau tengok orang makan boleh la tahan tapi! Memang pantang kalau tengok orang merokok’. Mudah sahaja jawapannya dan itulah yang dikatakan pengaruh rokok amat besar kepada penggemarnya.

NAK BERHENTI ! TAPI Bagaimana ?
Nak berenti merokok memanglah satu benda yang sukar terutama bagi mereka yang menjadikannya sebagai amalan dan rutin semasa seperti selepas makan, bangun tidur, semasa memandu, dan lain-lain lagi keadaan. Di sini penulis akan cuba meletakkan beberapa cara yang mungkin dapat membantu mereka yang berusaha untuk berhenti merokok dengan cara-cara yang pernah dilalui oleh mereka yang pernah merokok sebelum ini, semoga ianya dapat memberi sedikit manafaat kepada kita semua :

·         Meletakan tekad dihati untuk berhenti suatu masa nanti
·         Banyakkan bergaul dengan orang yang kita malu untuk merokok di hadapannya
·         Sentiasa meletakkan dihati bahawa rokok itu haram hukumnya
·         Jangan terlalu memaksa diri untuk berhenti
·         Sentiasa berdiri di hadapan cermin sambil merokok dan memaki diri sendiri
·         Sentiasa memikirkan masa depan kita dan keluarga kita
·         Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T
·         Tinggalkan amalan merokok selepas makan
·         Haruslah merasa marah kepada Negara barat yang merosakan fikiran umat islam dengan memboikot barangan mereka terutama rokok
·         Tabamkan niat untuk berubah
·         Kuatkan tekad
·         Meletakan Allah di hadapan berbanding nafsu
·         Jangan membela perokok kerna kita juga merokok tetapi sentiasalah mencemuh supaya hati kita sentiasa merasakan jijik dengan rokok.

Wahai teman-temanku yang masih lagi dibelenggu oleh penyakit ini, marilah sama-sama kita bina kekuatan untuk menghancurkannya dari terus merosakan diri kita. Sedarilah akan hukumnya yang telah disepakati oleh ulama’ bahawa ianya haram di sebabkan dengan kita merokok akan mengakibatkan pembaziran yang luas dan boleh mengakibatkan penyakit yang membahayakan diri kita dan orang sekitar kita. Marilah sama-sama kita bangun kembali dan sedarkan diri kita tugas sebenar kita di dunia yang sementara ini, semoga Allah S.W.T merahmati kita selamanya.
InsyaAllah


Kenangan ke Zamar

Bismillahirrahmanirrahim...

Teringin untuk penulis kongsikan di laman ini satu kenangan yang tidak akan dilupakan selama - lamanya, iaitu pada hari Khamis yang lepas penulis serta beberapa orang lagi pelajar Malaysia telah menghadiri majlis perkhawinan seorang sahabat arab bernama Abdullah. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam dengan pelbagai halangan ini akhirnya mendatangkan satu kemanisan dalam kehidupan.

Semasa di sempadan antara Sana'a dan Zamar rombongan kami telah disekat oleh pihak polis dan hampir sahaja kami disuruh berpatah balik ke sana'a kerana tidak memiliki tasrehh ( kebenaran ) untuk keluar dari sana'a. Namun akhirnya dibenarkan kami meneruskan perjalanan ke Zamar setelah meminta Abdullah menyelesainnya, maklumlah sepupu Abdullah dikatakan orang besar dalam Jawazat.

Bergambar kenangan bersama Abdullah

 Lazat...antara makanan yang disajikan

Setelah sampai kami dilayan dengan baik sekali terutama oleh Syeikh Jamiah Iman yang juga abang kepada Abdullah, layanan yang diberikan tidak akan dapat dilupai begitulah dengan layanan dari keluarga Abdullah dan masyarakat di sana. Kami dibawa menziarahi sebuah kampung lama yang telah musnah akibat gemba bumi suatu ketika dulu sambil menghayati keindahan ciptaan ALLAH di bumi Yaman ini.

Di malam hari kami diperkenalkan dengan budaya arab Yaman dalam meraikan majlis perkhawinan antara mereka walaupun tanpa pengantin perempuan yang diasingkan majlisnya, namun kemeriahan serta kegembiraan mereka tidak terbatas malahan lebih meriah dari negara kita Malaysia. Budaya mereka yang kami ikuti ini memberikan sedikit pengalaman kepada kami dan benarlah Firman ALLAH S.W.T di dalam Al Quran yang bermaksud :





Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. 


 Bergambar kenangan di kawasan kampung
yang hancur akibat gempa bumi

 Bersama Abg Yasir menikmati keindahan Zamar

 Bergambar kenangan bersama Syeikh


Maka ikhtibar yang boleh kita ambil di sini bahawa semua kaum itu sama sahaja baik melayu, china, arab, india dan macam lagi, tetapi yang memisahkan kita semua adalah taqwa kepada ALLAH S.W.T. Oleh itu jika masih di antara kita yang selalu melaungkan ketamadunan bangsa maka kerja buatnya bukanlah dari pandangan ALLAH S.W.T.

Sabda Nabi S.A.W :
Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya.
 (H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra ).

Begitulah hakikat penciptaan manusia yang mana diciptakan kita berbangsa - bangsa dan bersuku - suku adalah untuk kita saling kenal mengenal antara satu sama lain serta mengingatkan kita akan kekuasaan ALLAH S.W.T yang hebat ini dalam penciptaan makhluknya dengan pelbagai budaya, bahsa, warna kulit dan macam2 lagi. Subhanallah menariknya percaturan ALLAH dalam penciptaan langit dan bumi serta segala isinya bagi mereka yang berfikir.

Firman ALLAH:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda - tanda kebesaran bagi orang yang berakal.

Wallahualam.

Isnin, 14 Februari 2011

2 New Album Nasyid

Assalamualaikum .w.b.t

Rasanya sudah lama saya tidak update blog ini, maklumlah banyak sangat kerja yang dilakukan sehingga tidak berpeluang untuk membuat pengisian dalam blog ini. Seingat saya sudah hampir 7 bulan tidak menulis di blog ini terutama apabila saya menghabiskan cuti lebih 4 bulan di Malaysia.

Di sini banyak yang ingin dikongsikan, pertama sekali sema di Malaysia dengan izin ALLAH saya telah berjaya menghasilkan 2 buah album nasyid As Soliheen dan Fairuz. Album yang diterbitkan ini mengandungi lagu - lagu yang menerapkan erti percintaan, kasih sayang, perjuangan, kehidupan, nasihat dan lain2 lagi.

 Fairuz '' Ada Cinta Ada Rindu ''

As Soliheen '' Satu Tekad ''

Semoga dengan penerbitan kedua album ini memberikan manfaat untuk semua dalam kita melayari bahtera kehidupan ini dengan penuh pengabdian kepada ilahi.
Insyaallah....

Sebarang keterangan & maklumat lanjut boleh layari


Ahad, 6 Jun 2010

Palestin Milik Kita



MAHA suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA ( Nabi Muhammad saw )
pada suatu malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha,
yang telah Kami berkati sekelilingnya,
kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”
( maksud ayat 1, surah al-Isra’ )



Palestin bumi yang pernah merakamkan satu sejarah penting dalam Islam di mana ALLAH S.W.T telah menjadikan bumi ini sebagi satu persinggahan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanan baginda untuk bertemu ALLAH S.W.T. Peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum hijrah maasih segar dalam ingatan ummat Islam hingga kini.

Bumi ini juga dianggap suci dan diberkati kerana di dalamnya terdapat Masjid Al Aqsa kiblat pertama umat islam bahkan bumi yang pernah melahirkan, membesarkan dan tempat bersemadinya nabi2 yang dahulu dan dikatakan lebih 50 orang semuanya, jua dikatakan Padang Masyar setelah berlakunya kiamat. wallahua'lam

Tentera Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar R.A. telah berjaya menawan bumi ini daripada Empayar Byzantium pada 638 Masihi dan buat pertama kalinya beliau memasuki Wilayah ini beliau telah mengistiharkan bahawa keseluruhan tanah Palestin adalah sebahagian dari tanah wakaf dan hak milik ummat islam sehingga ke generasi terkemudian.

Namun pada tahun 1090 Masihi bumi ini telah dirampas oleh Tentera Salib dan dijajah hampir satu abad dan pada tahun 1187 seorang panglima Islam yang masyur Salahuddin Al Ayubi telah berjaya menyatukan orang2 islam dari Lembah Nil hingga ke Lembah Furat sehingga dan telah berjaya merampas kembali bumi ini.

Namun pada tahun 1981 Masehi Palestin hilang dari tangan ummat Islam setelah Kerajaan Othmaniyah Turki digulingkan dan bermulalah episod kezaliman kekejaman bangsa yahudi ke atas ke atas ummat, mereka merampas tanah2 rakyat Palestin, menghalau mereka serta menawan Masjid Al Aqsa. Lalu mereka mengistiharkan Negara haram Israel.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa Bumi Palestin bumi yang telh dimuliakan ALLAH sehingga di sebut di dalam Al Quran surah Isra ' ayat 1. Bumi yang sentiasa menjadi perhatian dunia sepertimana yang pernah di sebut bahawa ( sesiapa yang menguasai Palestin maka ia menguasai dunia ).

Masjid Al Aqsa juga merupakan tempat ketiga suci selepas Masjidil Haram di Mekah dan Majdid Nabawi di Madinah sepertimana telah di sebutkan oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya :

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100000 kali solat ( di tempat lain) , solat di Masjidku ( Madinah ) 1000 kali dan solat di Masjid Al Aqsa ( Palestin ) 500 kali solat.
'' Riwayat Tabrani ''

Sekarang Ummat Islam bebas untuk melawati Masjidil Haram dan Nabawi tetapi kita lupa untuk mendapatkan semula Masjidil Aqsa. Sedarlah Ummat ini adalah hak kita dan wajib di atas kita untuk mengambilnya sepertimana kata2 seorang pemimpin Palestin :

'' Wahai ummat Islam sesungguhnya kewajipan kita semualah untuk mempertahankan bumi ini dan bukan tanggungjawab kami sahaja dalam mengambilnya semula, namun kami telah ditakdirkan untuk berada di bumi ini dan ingatlah ini bukanlah kezaliman kepada kami rakyat Palestin tetapi ia adalah penindasan kepada Ummat Islam seluruhnya''.

Wahai semua umat islam bangunlah dari mimpi yang panjang, dari igauan yang melekakan untuk sama2 kembali kita daulatkan syariat ALLAH di atas muka bumi ini sesuailah dengan apa yang sering kita ucapkan :

ALLAH tuhan kami
MUHAMMAD nabi kami
AL QURAN panduan kami
JIHAD jalan kami
SYAHID cita-cita kami

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

''Akan datang suatu masa di mana seluruh bangsa2 akan datang mengerumuni
kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka''

Maka salah seorang sahabat bertanya :
''Adakah di waktu itu jumlah kami sedikit ? ''

Nabi Muhammad S.A.W menjawab :
'' Bahkan kamu di hari itu banyak sekali tetapi kamu bagaikan buih di waktu banjir ''
Dan ALLAH mencabut rasa gerun terhadap kamu
dalam diri musuh2 kamu, dan ALLAH mencampakkan dalam hati kamu
penyakit ( wahan ).

Seorang Sahabat bertanya, apakah penyakit ( wahan ) itu Ya Rasulullah ?

Maka jawab baginda :
'' Cinta dunia dan takut mati ''