Selasa, 15 Februari 2011

Rokok...Rokok




Merokok merupakan satu penyakit yang sukar diubati, permulaan virus dari mereka yang membenci islam untuk menghancurkan fikiran umat islam. Bermula dengan merokok sebagai permulaan diikuti ganja kemudiannya dadah, arak dan pelbagai lagi perkara yang menjatuhkan maruah dan nilai diri seseorang muslim itu. Kini kita boleh perhatikan fenomena yang berlaku di Negara yang kita sayangi Malaysia, bagi seseorang lelaki itu tidak dikatakan ‘jantan’ kalau tak merokok, tak dikatakan ‘macho’ kalau tak merokok, demi membuktikan kejantanannya dan jua kemachoanan maka bermulalah semangat yang berkobar-kobar di dalam hatinya untuk menyahut cabaran dari rakan2 dan akhirnya terjebaklah dalam satu keadaan yang meletakan dirinya hina dipandangan agama.

Penulis di sini pernah menemui seorang teman yang ponteng puasa semasa dalam bekerja, penulis pernah menanyakan akan sebab dia meninggalkan puasa, dan jawapannya mudah sahaja yang mana boleh kita lihat di sini pengaruh rokok kepada seseorang ‘ aku kalau tengok orang makan boleh la tahan tapi! Memang pantang kalau tengok orang merokok’. Mudah sahaja jawapannya dan itulah yang dikatakan pengaruh rokok amat besar kepada penggemarnya.

NAK BERHENTI ! TAPI Bagaimana ?
Nak berenti merokok memanglah satu benda yang sukar terutama bagi mereka yang menjadikannya sebagai amalan dan rutin semasa seperti selepas makan, bangun tidur, semasa memandu, dan lain-lain lagi keadaan. Di sini penulis akan cuba meletakkan beberapa cara yang mungkin dapat membantu mereka yang berusaha untuk berhenti merokok dengan cara-cara yang pernah dilalui oleh mereka yang pernah merokok sebelum ini, semoga ianya dapat memberi sedikit manafaat kepada kita semua :

·         Meletakan tekad dihati untuk berhenti suatu masa nanti
·         Banyakkan bergaul dengan orang yang kita malu untuk merokok di hadapannya
·         Sentiasa meletakkan dihati bahawa rokok itu haram hukumnya
·         Jangan terlalu memaksa diri untuk berhenti
·         Sentiasa berdiri di hadapan cermin sambil merokok dan memaki diri sendiri
·         Sentiasa memikirkan masa depan kita dan keluarga kita
·         Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T
·         Tinggalkan amalan merokok selepas makan
·         Haruslah merasa marah kepada Negara barat yang merosakan fikiran umat islam dengan memboikot barangan mereka terutama rokok
·         Tabamkan niat untuk berubah
·         Kuatkan tekad
·         Meletakan Allah di hadapan berbanding nafsu
·         Jangan membela perokok kerna kita juga merokok tetapi sentiasalah mencemuh supaya hati kita sentiasa merasakan jijik dengan rokok.

Wahai teman-temanku yang masih lagi dibelenggu oleh penyakit ini, marilah sama-sama kita bina kekuatan untuk menghancurkannya dari terus merosakan diri kita. Sedarilah akan hukumnya yang telah disepakati oleh ulama’ bahawa ianya haram di sebabkan dengan kita merokok akan mengakibatkan pembaziran yang luas dan boleh mengakibatkan penyakit yang membahayakan diri kita dan orang sekitar kita. Marilah sama-sama kita bangun kembali dan sedarkan diri kita tugas sebenar kita di dunia yang sementara ini, semoga Allah S.W.T merahmati kita selamanya.
InsyaAllah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan