Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah sampai kami dilayan dengan baik sekali terutama oleh Syeikh Jamiah Iman yang juga abang kepada Abdullah, layanan yang diberikan tidak akan dapat dilupai begitulah dengan layanan dari keluarga Abdullah dan masyarakat di sana. Kami dibawa menziarahi sebuah kampung lama yang telah musnah akibat gemba bumi suatu ketika dulu sambil menghayati keindahan ciptaan ALLAH di bumi Yaman ini.
Teringin untuk penulis kongsikan di laman ini satu kenangan yang tidak akan dilupakan selama - lamanya, iaitu pada hari Khamis yang lepas penulis serta beberapa orang lagi pelajar Malaysia telah menghadiri majlis perkhawinan seorang sahabat arab bernama Abdullah. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam dengan pelbagai halangan ini akhirnya mendatangkan satu kemanisan dalam kehidupan.
Semasa di sempadan antara Sana'a dan Zamar rombongan kami telah disekat oleh pihak polis dan hampir sahaja kami disuruh berpatah balik ke sana'a kerana tidak memiliki tasrehh ( kebenaran ) untuk keluar dari sana'a. Namun akhirnya dibenarkan kami meneruskan perjalanan ke Zamar setelah meminta Abdullah menyelesainnya, maklumlah sepupu Abdullah dikatakan orang besar dalam Jawazat.
Bergambar kenangan bersama Abdullah
Lazat...antara makanan yang disajikan
Di malam hari kami diperkenalkan dengan budaya arab Yaman dalam meraikan majlis perkhawinan antara mereka walaupun tanpa pengantin perempuan yang diasingkan majlisnya, namun kemeriahan serta kegembiraan mereka tidak terbatas malahan lebih meriah dari negara kita Malaysia. Budaya mereka yang kami ikuti ini memberikan sedikit pengalaman kepada kami dan benarlah Firman ALLAH S.W.T di dalam Al Quran yang bermaksud :
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Bergambar kenangan di kawasan kampung
yang hancur akibat gempa bumi
Bersama Abg Yasir menikmati keindahan Zamar
Bergambar kenangan bersama Syeikh
Maka ikhtibar yang boleh kita ambil di sini bahawa semua kaum itu sama sahaja baik melayu, china, arab, india dan macam lagi, tetapi yang memisahkan kita semua adalah taqwa kepada ALLAH S.W.T. Oleh itu jika masih di antara kita yang selalu melaungkan ketamadunan bangsa maka kerja buatnya bukanlah dari pandangan ALLAH S.W.T.
Sabda Nabi S.A.W :
Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya.
(H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra ).
Begitulah hakikat penciptaan manusia yang mana diciptakan kita berbangsa - bangsa dan bersuku - suku adalah untuk kita saling kenal mengenal antara satu sama lain serta mengingatkan kita akan kekuasaan ALLAH S.W.T yang hebat ini dalam penciptaan makhluknya dengan pelbagai budaya, bahsa, warna kulit dan macam2 lagi. Subhanallah menariknya percaturan ALLAH dalam penciptaan langit dan bumi serta segala isinya bagi mereka yang berfikir.
Firman ALLAH:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda - tanda kebesaran bagi orang yang berakal.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan