Wahai saudara seagamaku
Dimanakah pergi dirimu
Ketika diri kami dihujani peluru
Bermandikan darah menitis pilu
Wahai saudara seagamaku
Ketika kami dizalimi dan disakiti
Dihina dan dicaci
Dimanakah kamu saudara seagamaku
Kau lena diulit mimpi
Kau leka mengejar duniawi
Kau hanya menonton kami di TV
Dengan mulut mencaci YAHUDI
Tetapi saudaraku tahukah kamu
Kami di sini berjuang bukan kerana BANGSA
Bukan kerana NEGARA semata - mata
Tapi kerana AD DIN tercinta
Ketahuilah kamu saudara seagamaku
Palestin milik kita semua
Bumi kelahiran para anbiya'
Terletaknya kiblat pertama kita
Tempat berlakunya mikhraj baginda
Sedarilah wahai saudaraku
Bumi ini milik kita bersama
Diwakafkan tika Saidina Umar memimpin kita
Kami di sini telah ditakdirkan yang esa
Untuk berjuang kerana AGAMANYA
Sedar dan insafilah saudara seagamaku
Kewajipan kita bersama mempertahankanya
Bukan tugas kami sahaja
Oleh itu wahai semua saudara segamaku
Bangunlah bersama kami
Walau kita berjauhan
Namun doa kalian itulah yang kami pohonkan
Bukan wang yang menjadi impian
Tetapi marilah bersama kami
Dalam perjuangan ini
Kami di sini tiada nyenyak di tiduran
Tiada enak menikmati makanan
Tetapi renungkanlah dirimu saudaraku
Kamu masih senang dengan itu
Bangun bersama kami
Dengan roh dan semangat kecintaan
Kepada tuhan panjatkan harapan
Agar kami mencapai kejayaan