Selasa, 15 Februari 2011

CINTA OH CINTA

Cinta merupakan fitrah semulajadi manusia, kalau sapa takde rasa cinta memang bukan manusia normal laa sedangkan kalau seseorang tu gila bila ada orang buat baik dan layan dia maka dia akan merasakan kecintaan dan kerinduan bila tak berjumpa dengan orang melayannya.Begitulah cinta yang mana dari cinta timbullah kasih, rindu, dan sayang, masyaallah hebatnya ciptaan ALLAH yang tanpa kita sedari dengan cinta yang di hadirkan inilah membuatkan kita nii sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira..

Cinta yang diciptakan oleh ALLAH ini amatlah bernilai kepada kita  kerana dengan cinta menyebabkan kita sentiasa keadaan hormat menghormati, kasih sayang, bertolak ansur serta bekerjasama. Cinta yang mulia ini juga terkadang boleh menyebabkan seseorang itu binasa kerana cinta yang di pilih adalah cinta palsu. Dengan cinta di salah pilih menyebabkan manusia itu boleh membunuh dan terbunuh, sering kali kita membaca akhbar tentang mereka yang membunuh diri kerana putus cinta dan dibunuh kerana cemburu. Itulah hebatnya cinta yang mana dengan cinta boleh membuat seseorang bahagia dan dengan cinta juga boleh membuat seseorang derita renung - renungkanlah.

Jika kita susuri sirah bagaimana cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf yang menuruti hawa nafsu menyebabkan Nabi Yusuf dipenjarakan dan terjadilah fitnah yang cukup besar pada ketika itu terhadap Nabi Yusuf walaupun kebenaran berpihak kepadanya, itulah hebatnya fitnah wanita yang cukup merisaukan hati Nabi S.A.W terhadap umatnya kini. Walaupun begitu seteah hidayah ALLAH melewati hati zulaikha maka segala cintanya hanyalah kerana ALLAH dan fitnah yang terjadi satu ketika dulu menjadi jalan untuk beliau dan yusuf bersatu dalam rahmat ALLAH.

Sabda Nabi S.A.W  yang bermaksud :
'' Kecintaan kamu kepada sesuatu menyebabkan kamu buta dan tuli'' 

Begitulah hebatnya cinta yang ditiupkan ke dalam diri setiap insan, tetapi sangat sedih sekali cinta yang suci ini seringkali dinodai kesuciannya. Setiap orang mengatakan cinta, rindu, kasih dan sayang tanpa mengetahui hakikat sebenarnya. Sesungguhnya ALLAH menghadirkan cinta untuk kita mengenalinya dengan melihat kepada semua yang diciptakannya, tetapi manusia yang melewati kehidupan dengan mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan menyebabkan mereka lupa akan cinta sebenar.

ALLAH S.W.T telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud :
'' Katakanlah ( wahai Muhammad ) sekiranya kamu mencintai ALLAH maka ikutilah aku ''

Oleh itu sama - samalah kita renungi adakah cinta, kasih, sayang, rindu kita adakah untuk ALLAH atau sebaliknya, ingatlah bahawa kita akan dihadapkan di depan Rabbul Jalill pada suatu hari nanti, di sana nanti kita memerlukan cinta dari ALLAH dan Rasulnya bukan dari manusia yang kita puja2  di dunia ini. 

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
''Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya, dan isterinya serta anak2nya, kerana pada hari itu tiap2 seorang dari mereka, ada perkara2 yang membuatkan dirinya sibuk dengan hal dirinya sahaja. Muka ( orang-orang beriman pada hari itu berseri-seri, tertawa, lagi bersuka ria. Dan muka ( orang-orang yang ingkar ) pada hari itu penuh debu dan diliputi oleh warna hitam legam dan gelap gelita. Mereka itu orang2 yang kafir yang derhaka.

Begitulah kejadian yang digambarkan oleh ALLAH S.W.T apabila terjadinya kiamat kelak dimana janji kekasih iuntuk sehidup semati, dan bersama untuk kesyurga itu hanyalah omongan kosong sahaja. Bagi mereka yang hidup di dunia dengan meletakan segala kerana ALLAH maka keadaan mereka berseri sepert yang digambarkan dalam ayat di atas serta keadaan menghinakan yang akan dilalui bagi mereka yang melupakan ALLAH S.W.T ketika di dunia.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
Maka rasakanlah olehmu ( azab ini ) disebabkan kamu melupakan pertemuan hari kamu ini, sesungguhnya kamipun melupakan kamu dan rasakanlah azab yang kekal , atas apa yang kamu kerjakan.

Wassalam.

___________________________________________________________________________

FAIRUZ ( Ada Cinta Ada Rindu )

ADA CINTA DI HATI KITA
ITULAH FITRAH KITA MANUSIA
ADA KASIH DALAM DIRI KITA
ITULAH TANDA KEESAANNYA

ADA RINDU YANG SERING MENJELMA
TIKA HATI SUDAH JATUH CINTA
ADA SAYANG DI DALAM JIWA
 BILA KASIH SAYANG BERTAHTA

HATI KALAU SUDAH CINTA
HATI KALAU SUDAH SAYANG
PASTINYA RINDU DATANG BERTANDANG
HATI HATILAH SEMUA DALAM KITA MENCINTA
MOGA TAK DERITA KITA DENGANNYA

ITULAH CINTA HADIR DI JIWA
SETIAP MANUSIA
ITULAH FITRAH KEJADIAN KITA
KERANA CINTA

CINTALAH KASIHILAH KERANA ALLAH
SAYANGILAH RINDUILAH KERANA ALLAH

PILIHLAH CINTA YANG DIREDHOINYA
BAHAGIALAH DIRI KITA
DERITA SENGSARALAH KITA
BILA SALAH MEMILIH CINTA

Lirik & Lagu :
Putra Arba - Sar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan