Rabu, 2 Mac 2011

BISIKAN HATI SEORANG MUJAHID



Ya ALLAH....
Ku susuri jalanan penuh duri,
Berliku halangan harus ku tempuhi,
Kerana harapan dan cinta sejati,
Mendakap kasih sayang sejati
Biar semuanya keranamu Ilahi.

Ya ALLAH....
Ku sedari dunia ini misteri,
Terkadang buat langkah terhenti,
Dengan indahnya hiasan duniawi,
Menghadirkan alpa ke sanubari,
Tatkala leka dibuai ilusi,
Hingga lupa amanah Ilahi.

Ya ALLAH...
Hati ini kecewa,
Hati ini derita,
Hati ini sengsara,
Tatkala hadir kasih dan cinta,
Bila menjelma rindu di jiwa,
Terhanyut diri kerana alpa,
Terkaram hati kerana dosa,
Kerana cinta yang bertahta,
Bukan kerana kau yang esa.

Ya ALLAH...
Ku sedari indah kau ciptakan dia,
Ku akui cantik kau hiaskan dia,
Namun ku insafi segalanya,
Hanyalah dugaan insan dunia,
Adakah teguh janji setia,
Antara hamba dan Pencipta.


Ya ALLAH...
Selamatkan hati ini,
Selamatkan jiwa ini,
Agar sentiasa dirahmati,
Agar sentiasa diredhoi,
Di bawah naungan kasih Ilahi,
Agar terbina cinta sejati
Agar lahir cinta abadi,
Agar segalanya kerana Ilahi



3 ulasan:

  1. Syukran... Perkongsian yg sngt menarik...
    Semoga enta tabah dan sabar menghadapi liku kehidupan ini, "La Takhaf Wa La Tahzan, Innallaha ma'as soobirin". InsyaALLAH...

    Rasulallah SAW pernah mndoakan seorg lelaki yg mminta ingin lakukan zina, smbil Baginda SAW mletakkan tangan d dada lelaki tsebut:

    اللهم اغفر ذنبه و طهر قلبه و حصن فرجه
    Allahummaghfirzanbahu, wa tohhir qalbahu, wa hassin farjahu

    "Ya Allah, ampunkan dosanya, bersihkan/sucikanlah hatinya (dr mmikirkan mksiat) & jagalah kmaluannya (dr mlakukan zina)"
    (HR Ahmad)

    Disunatkan mndoakan anak2/adik2 yg masih kcil, semoga mreka t’lndung dr fitnah zina & doakan juga utk diri sndiri, tukar dhomir : "Allahummaghfir zanbi, watohhir qalbi, wa hassin farji”

    Doa utk anak/adik prempuan:
    “Allahummaghfir zanbaha, wa tohhir qalbaha, wa hassin farjaha”

    Smg dgn doa ini, diri, zuriat & gnerasi kita t’lindung dr fitnah zina yg smakin mruncing di akhir zaman ini. ALLAHUMMA Amiin :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam