Jumaat, 18 Februari 2011

REALITI REVOLUSI DI YAMAN

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah semalam telah berlansung pertemuan diantara pelajar Malaysia bersama Tuan Yang Terutama Haji Samad ( Duta Besar Malaysia Ke Yaman ) yang bermula pada jam 7.00 mlm hingga 8.30 di rumah Persatuan Pelajar Malaysia  Yaman. Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu membincangkan isu - isu semasa yang kini berlauku di Yaman.

Di dalam taklimat yang diberikan oleh Duta kepada rakyat Malaysia di Yaman adalah berkaitan soal keselamatan dan langkah berjaga -jaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Revolusi yang bermula di Tunisia pada awal tahun yang lalu menyaksikan kebangkitan rakyat dalam menjatuhkan kerajaan yang sedia ada seperti mana jatuhnya pemerintahan Benz Ali di Tunisia dan Husni Mubarak di Mesir. Revolusi yang mencetus ini terus merebak ke negara - negara lain seperti di Jordan, Libya, Syiria dan beberapa buah negara lagi serta tidak ketinggalan melanda negara Yaman.


( Suasana di awal revolusi )




Semalam masuk hari ketujuh berturut - turut demontrasi diadakan dalam menggesa supaya Presiden Ali Abdullah Salleh meletakkan jawatan, dan jangkaan kemarin adalah demontrasi besar - besaran tetapi tidak berjaya kerana sekatan yang di lakukan oleh pihak yang Pro-Kerajaan. Penulis berasa hairan sebelum ini kerana mendapati banyak khemah -  khemah yang dibangunkan di beberapa tempat sambil melihat reaksi orang - orang yaman ang berkumpul di situ sampil berkhazin ( makan daun ), tetapi setelah di maklumi bahawa khemah -  khemah yang didirikan adalah menempatkan golongan Pro-Kerajaan yang mana mereka ditempatkan di beberapa buah lokasi yang strategik untuk menghalang berlakunya demontrasi.

Dimaklumkan bahawa mereka yang berada di situ dibekalkan dengan daun khat dan alat pemukul yang bertujuan untuk merosakkan agenda demontrasi pihak yang Anti-Kerajaan. Kami juga dimaklumkan bahawa ada beberapa juru gambar luar negara yang disekat dan diancam oleh mereka yang Pro-Kerajaan bertujuan untuk menghentikan laporan berkaitan Yaman di pentas antarabangsa. Semalam juga kami diberitahu bahawa sudah 2 orang yang terbunuh setakat ini, iaitu seorang di Adden dan seorang di Tahrir. Menurut cerita yang diterima ayah kepada seorang mangsa yang terbunuh semasa demontrasi bersumpah tidak akan mengebumikan anaknya sebelum orang yang membunuh anaknya itu dikebumikan dahulu, kejadian yang berlaku itu akibat pihak yang Pro-Kerajaan bertindak melemparkan bom tangan kepada peserta demontrasi.

Penulis juga dimaklumkan bahawa media - media luar telah memainkan isu dengan hebat seperti juga di Malaysia yang mana ramai ahli keluarga pelajar2 di sini menghubungi pihak Kementrian dan Kedutaan meminta agar dibawa pulang seluruh rakyat Malaysia di sini, termasuk juga keluarga penulis sendiri yang sering bertanyakan hal di sini. Tetapi bagi kami rakyat Malaysia di sini masih lagi dalam keadaan tenang dan aman serta masih lagi boleh bergerak aktif kesana kemari, cuma semalam kami telah diberi peringatan oleh Tuan Duta agar menjauhi tempat - tempat yang bermasalah.

Sebelum ini penulis sempat bersembang dengan beberapa orang pemandu teksi tentang masalah di Yaman dan kesannya, jawapan yang seringkali penulis dapat adalah perintahan Presiden Ali Abdullah Salleh yang kini sudah 32 tahun telah membuahkan fasad yang banyak seperti ketidakadilan dan lain2 lagi, menurut salah seorang pemandu teksi yang penulis sembang 2 minggu yang lepas, beliau mengatakan kami akan menjadi sepertimana yang berlaku di mesir kerana kemarahan kami.

Kini pihak yang Anti-Kerajaan dilihat semakin bersemangat setelah terbunuhnya beberapa saudara serta kecederaan saudara -saudara mereka hasil tindakan pihak yang Pro-Kerajaan, walauupun tempat - tempat untuk mereka berkumpul sudah dipenuhi dengan tentera - tentera dan Pro-Kerajaan namun dilihat semangat mereka semakin berkobar terutama golongan mahasiswa. Penulis juga berpendapat jika Presiden Ali Abdullah Salleh masih lagi mempertahankan jawatannya serta tindakan kejam tentera dan Pro-Kerajaan tidak mustahil Yaman bakal menyusuri fenomena yang berlaku di Mesir.

Kemarin Syeikh Majid Al Zindani ( Mursyidul Am Parti Islah ) dalam khutbahnya menegaskan demontrasi merupakan salah satu daripada jihad dan beliau membidas tindakan kerajaan yang bertidak kasar dalam menghadapi demontrasi Anti-Kerajaan, menurut beliau lagi dalam undang2 negara Yaman demontrasi aman yang dilakukan tidak memelukan permit tetapi kini setiap demontrasi yang dilakukan mestilah mendapat permit daripada kerajaan, kedaan ini menyebabkan kemarahan rakyah semakin membuak - buak. Kerajaan Ali Abdullah Salleh juga telah dikritik dengan hebat dan membuahkan kemarahan rakyat dimana kerjasama beliau dan kerajaan Amerika dalam menumpaskan Al Qaeda di sini diketahui. 

Penulis mengharapkan segala yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan tenang dan aman sepertimana yang dicadangkan oleh Syeikh Majid agar diwujudkan kerajaan perpaduan. Semoga ALLAH menjaga penulis dan rakan - rakan di sini dalam keadaan baik.

Insyaallah.


1 ulasan:

  1. salam..saudara,mcm mana keadaan terkini keadaan di yaman? masih dalam revolusi atau dah reda?

    BalasPadam