Sabtu, 21 Mei 2011

BICARA 2 HATI

Puteriku
Dengarkanlah...bisik hatiku yang mendamba
Kasih setia kerana Yang ESA
Terbina hidup aman bahagia
Hingga membawa kita ke syurga

Puteraku
Aku juga begitu
Mendamba setia tulus darimu
Terpaut hati kerana yang satu
Demi ALLAH cintamu buat diriku

Puteriku
Ku harapkan kuntumanmu itu
Masih segar bila masa kita bertemu
Terjaga rapi indah sekali
Agar nikmat yang bakal dikecapi
Menjadi lebih bererti

Puteraku
Ku akur pada dia yang satu
Untuk siapakah diriku
Kan ku cuba menjaga kembangku ini
Walau terkadang harumannya menjadi fitnah insani
Agar aku berjaya menjaganya
Kerana kembang dan wangiku
Ku persiapkan hanya untukmu
Tapi puteraku...
Bagaimanakah dirimu
Bak kumbang beterbangan
Adakah kau masih bisa bertahan

Puteriku
Terkadang mata ini sayu
Layu melihat bunga-bunga indah di taman
Hingga hampirku mabuk dengan wangian yang memukau
Sukma jiwaku terkadang rasa buntu
Memilih bunga mana yang ingin ku hinggapi
Namun entah mengapa
Kau yang ingini
Walaupun yang menghalang pagar berduri

Puteraku
Ku simpan segala kecantikanku
Segala kewangianku
Hanyalah untukmu
Kerana ku tahu
Kita akan bertemu
Dan diri ini pasti menjadi milikmu
Dan yang ku harapkan kau jua begitu
Menjaga dirimu dari bunga-bunga yang menggodamu
Kerana aku telah tercipta untukmu

INSYAALLAH