Sabtu, 29 Mei 2010

Wehdatul Yamaniah



Alhamdulillah... dengan izin ALLAH dapat saya bersama kawan2 sertai satu perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Yamen sempena '' Wahdatul Yamaniah '' pada kali ini. Program yang di sertai oleh golongan wafidin di bumi Yamen pada kali ini mendapat sambutan yang meriah.


Program yang bermula pada jam 1o pagi dan berakhir pada jam 12 tgh dengan pelbagai agenda seperti ucapan dari wakil2 setiap Negara atau NGO dan persembahan nasyid kumpulan dari syiria yang menghiburkan.

Program ini juga memberi satu pengalaman baru dalam hidup penulis walaupun penulis akui kurang berpuas hati dengan ucapan memuji Presiden Republic Yamen secara berlebih - lebihan, akan tetapi penulis memuji salah seorang wakil yang menyakatakan '' penyatuan yang berlaku di Yamen ini insyaallah akan membawa kepada penyatuan seluruh bangsa arab dan mencapai jalan untuk membawa kepada penyatuan seluruh mmat islam, begitu juga ucapan dari wakil palestin yang bagi penulis ada baik dan sedap di dengar.

Di dalam program ini juga penulis dan kawan2 diketemukan dengan seorang ahli Yamen yang pandai berbahasa melayu dengan baik, macam tak cayee ja rasanya. Beliau yang pertama kali menemui penulis memberi teguran dalam bahasa melayu memang mngejutkan, namun setelah dimaklumkan bahwa dia pelajar UITM Skudai, Johor barulah penulis mengerti mengapa dia begitu petah berbahasa melayu. 


Setelah program selesai penulis dan beberapa orang kawan telah menjadikan mat'am jazirah sebagai tempat makan tengahari setelah dijamu dengan jus oren dan pop kek ja selepas program 'memang mengecewakan ' sebab program kerajaan penulis ingatkan dijamu dengan makanan yang lazat2, namun ketahuilah itulah Yamen.
Apa -apa pun penulis dan kawan2 telah bersyukur kerana diberi peluang untuk hadir dalam program ini dan diharapkan agar kami semua akan diberi peluang untuk bersama2 sekali lagi dalam program yang seumpama ini buat masa yang akan datang

Wassalam.

Ahad, 23 Mei 2010

Aku Di Yamen

Macam tak percaya ja sudah setahun lebih penulis di bumi ini, negara yang dulu hanyalah dalam bayangan penulis sahaja. Seingat penulis sewaktu di tingkatan 5 dulu Ust. Manan yang pertama kali mencadangkan untuk penulis agar menyambung pelajaran di bumi ini dan di perkuatkan oleh Abg Ya yang pulang cuti pada ketika itu.

Kalau di ikutkan penulis kesini bersama Abg Yasir tapi tak jadi, maklum la masa tu malas sangat2 dan takde semangat nak datang sini walaupun di hati Yamen memang menjadi impian dan harapan.

Tapi ALLAH jualah penentu segalanya pada penghujung tahun 2008 penulis bertekad untuk menyambung pelajaran ke sini setelah Mak Intan seingat penulis yang dikatakan memerli penulis dan Alhamdulillah selepas kejadian itu penulis pun memulakan langkah pengurusan untuk datang ke sini.

Tiba di Yamen memang merupakan satu perkara yang tak di sangka, namun inilah ketentuan darinya.

Sekian lama penulis disini banyak perkara yang penulis lalui di dalam kehidupan seharian di negara ini. Melayani karenah orang arab memang meletihkan tapi ada perkara yang penulis tertarik dengan mereka yaitu mereka ramah dan sering untuk tunjuk ajar kepada pelajar wafidin dalam pergaulan menggunakan bahasa arab.
[Image]
Sesuailah keadaan mereka seperti mana yang penah di gambarkan oleh baginda Nabi S.A.W yaitu mereka ini hatinya lemah lembut tetapi dari sudut yang mereka juga mempunyai masalah yang kita panggil perangai orang arab. Penulis sendiri beberapa kali berurusan dengan mereka dan memang menyakitkan hati terutama mengenai jamiah dan kewangan.
[Image]
Tetapi bagi penulis sendiri Yamen merupakan medan terbaik dalam mentarbiyah diri penulis dan rakan2 yang lain di sini seperti budaya bersedekah, sabar, tolak ansur, dan macam2 lagi pengajaran yang boleh didapati di bumi ini.

wassalam. 

Isnin, 17 Mei 2010

Sahabat

Firman ALLAH S.W.T :

Wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan serta kami jadikan kamu bersuku-suku
dan berpuak-puak untuk kamu berkenal-kenalan .

Sabda Nabi S.A.W :

Tidaklah sempurna iman seseorang diantara kamu sehingga mana belum dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.



Kehidupan kita di dunia ini bagaikan sunyi dan sepi tanpa teman2, mereka bagaikan penawar ketika kesedihan dan penyeri tika kesunyian.

Tetapi memang sukar untuk kita mengenali diantara teman2 kita sipakah yang mampu menjadi sahabat kita, susah senang bersama dan menjadi pendorong semangat untuk kita berjaya juga mampu menasihati kita untuk kebaikan.


Benarlah kata pepatah '' Teman ketawa sukar dicari teman menangis sukar ditemui'


Dalam kehidupan kita di dunia yang penuh mencabar ini kita memerlukan sahabat yang mampu bersama-sama kita untuk menghadapi semua permasalah yang timbul. Sahabat bukanlah mereka yang hanya bersama kita tika kesenangan dan menjauhi kita bila kesusahan.Kita akan merasai sahabat dengan beberapa keadaan :

  • Apabila ia mampu mengalah dengan kita untuk tidak memanjangkan masalah hingga boleh membawa kepada pergaduhan.
  • Mampu menasihati kita bila kita dalam kesalahan.
  • Sentiasa mendorong kita kearah kebaikan.
  • Tiada keraguan dalam membantu kita.
  • Sentiasa memberi galakan dan semangat untuk kita berjaya
  • Dan lain2 keadaan lagi yang mampu untuk kita mengenali sahabat.


Ahad, 16 Mei 2010

Permata untuk Malaysia


Politik di Malaysia sukar diramalkan, kadang2 berlaku masalah di pihak UMNO kadang2 PAS, PKR, DAP dan macam – macam lagi. Di Malaysia kini hanya tinggal sebuah parti sahaja yang mempunyai harapan besar dalam membina sebuah Negara Islam iaitu PAS. Tetapi kini PAS telah berjangkit dengan satu penyakit yang mana kesannya boleh merosakkan imej PAS sebagai satu gerakan islam di Malaysia. Jika dilihat ada di kalangan ahli2 kita sekarang yang berani terang-terangan dalam menghentam 2 Tok Guru yang menjadi tunggak dan aset terpenting PAS, ada yang melahirkan ketidakpuasan hati kepada Tok Guru Nik Aziz dan ada yang tidak berpuas hati kepada Tok Guru Hadi, macam2 lagi penyakit dalam PAS la ni. PAS sekarang telah dilihat wujudnya puak2 yang mana puak2 ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam menentukan hala tuju PAS.


Saya pernah mendengar beberapa sahabat yang menyalahkan Tok Guru Nik Aziz dan menyokong Tok Guru Hadi dan sebaliknya, tetapi sedarkah kita semua bahawa 2 Tok Guru ni la aset yang besar kepada perjuangan kita dalam mewujudkan satu daulah yang diidamkan oleh seluruh ummat yang cintakan kepada islam. 2 Tok Guru ni merupakan kurnia Allah S.W.T kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya. Siapakah kita untuk mengkritik mereka, orang yang dekat dengan Allah S.W.T dimana kehidupan yang dilalui penuh pengabdian diri kepada Allah S.W.T, mereka bukanlah maksum dan bukanlah manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan tapi tegurlah mereka dengan hikmah. Jika sebelum ini kita menyanjungi mereka atas kebaikan mereka mengapa tidak sekarang kita tegur mereka dengan hikmah. Saya tergamam dengan komen seorang hamba Allah S.W.T yang mengatakan Tok Guru Nik Aziz bukan Mursyidul Am tapi ‘ Bapak Setan ‘ adakah ini yang di ajar oleh ISLAM. Oleh itu marilah sama-sama kita berada bersama-sama di belakang dua Tok Guru yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita di Malaysia, dalam meneruskan perjuangan baginda Nabi Muhammad S.A.W semoga perjuangan kita diberkati dan diredhoi oleh Allah S.W.T.


Tunggak utama kekuatan PAS Malaysia

Sabda Nabi S.A.W ‘ Ulama pewaris para nabi ’ dan firman ALLAH S.W.T yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang takut kepada kami di kalangan hamba-hamba kami hanya mereka ulama.


Khamis, 13 Mei 2010

Al Fatehah ( Abuya )


Al Fatehah.....
Semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa beliau dan meletakan beliau bersama para syuhada dan solehin.

Melihat kepada gambar di sebelah ini tentu tiada lagi masalah untuk kita mengenali beliau, seorang tokoh yang pernah menggegarkan tanah air kita dengan satu pergerakan yang membawa ummat islam malaysia ke kegemilangan. Pergerakan yang dipimpin beliau hampir berjaya mengusai ekonomi negara.

Namun pergerakan ini telah diharamkan kewujudan oleh kerajaan malaysia (BN) pada beberapa tahun yang lalu.


Takdir ALLAH jualah penentu segalanya, setelah sekian lama beliau mencurahkan bakti dalam menaikkan imej islam beliau tidak lari dari janji pencipta. Hari ini khamis 13 Mei 2010 ternyatalah janji ALLAH itu benar, Ustaz Ashaari Muhammad ( Abuya ) telah kembali menemui khalidnya pada jam 2.30 ptg waktu malaysia.

Maha benarlah firman ALLAH di dalam Al Quran maksudnya :

'' Apabila telah datang kematian maka sekali - kali kamu tidak dapat melewatkannya walau sesaat atau mendahulukannya ''

''Setiap jiwa itu pasti merasai kematian ''

Ingatlah sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti, kita tidak mungkin dapat melarikan diri darinya. Sesungguhnya dunia yang kita duduki hanya persinggahan sementara dalam pelayaran kita menuju destinasi sebenar.

'' Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk dia menguji kamu siapakah diantara kamu yang baik amalannya ''

Sesungguhnya kematian yang datang tidak mengenal siapakah kita tua,muda,kaya,miskin dan siapa sahaja. Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha mempersiapkan diri kita untuk menghadapi hari yang pasti ini kerana kita tiadak tahu bila masanya kita akan pergi menemui ilahi.

Penulis di sini ingin merakamkan sekalung takziah buat seluruh keluarga beliau terutamanya adik Kutaibah yang tinggal bersama penulis di bumi yaman ini, semoga tabah menghadapi musibah ini.

Ahad, 9 Mei 2010

Syeikh Majid Al Zindani

Siapakah beliau, seorang yang amat dikenali oleh mereka yang sering mengikuti perkembangan gerakan harakah islamiyah di abad ini. Mempunyai kelebihan yang di anugerahi ALLAH dalam pelbagai bidang. Seorang yang amat tegas dalam menentang keganasan dan kezaliman. Kehebatannya dalam dunia islam di abad ini sukar di cari, menjadi buruan Amerika setelah berlakunya satu tragedi yang menggempar dunia sekitar tahun Sept. 2000 yang lalu, sehinggakan hingga kita beliau tidak dapat keluar daripada bumi yaman.

Kehebatan dirinya semakin terserlah apabila berjaya mengaharumi nama islam dalam dunia ilmu dengan pertemuan sainstifik berdasarkan firman ALLAH dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah. IJAZ ILMI satu kaedah yang digunakan sebagai dakwah pada masa kini yakni memiliki kemampuan yang mampu menarik minat mereka kepada islam dan mampu menguatkan iman mereka.

Beliau adalah Syeikh Majid Al Zindani (Ketua Majlis Syura' Hizbul Islah, Yamen ) yang juga Ketua Jamiah Al Iman di Yamen.

Penulis pernah mengikuti perkembangan beliau semasa penulis masih di tingkatan 5 setelah mengenali beliau melalui seorang pelajar iman ketika itu yang pulang ke tanah air ( Bang Ya ). Setelah mendapat sedikit maklumat tentang beliau penulis sentiasa mencari maklumat beliau dan bercita - cita mahu menyambung pelajaran ke Yamen untuk lebih mengenali beliau.

Takdir ALLAH jua lah yang menguasai semuanya, setelah hampir 5 tahun mengenali beliau secara jauh penulis ditakdirkan untuk menyambung pengajian di bumi yang barakah ini seperti mana yang di sebut oleh Nabi S.A.W dalam sabdanya

الايمان يمان والفقه يمان " والحكمة يمانيه

Ketibaan penulis di bumi bertuah ini dengan matlamat yang yang besar, salah satunya untuk bertemu dan bersalaman dengan beliau Syeikh Majid حفظ الله عليه dan Alhamdulillah segala niat dan harapan penulis yang terbeu dalam ini telah dimakbulkan ALLAH S.W.T.

Buat pertama kalinya setelah sehari tiba di Yamen penulis telah dibawa oleh Abang Muiz dan Abang Yasir ke Jamiah Iman untuk solat maghrib dan di takdirkan juga Syeikh majid solat di situ. ALLAH Maha Besar tanpa dengan perancangan kita dia telah menentukan segalanya.

Penulis dibawa oleh Abang Sofi untuk bertemu dan bersalaman dengan Syeikh. Itulah saat yang indah bagi penulis di mana penulis telah di sambut mesra oleh beliau dan orang arab pertama yang memeluk penulis adalah beliau Syeikh Majid Al Zindani seorang tokoh yang di hormati dan disegani. Rupanya Syeikh adalah seorang yang ramah terutama kepada golongan ajnabi yang berada di Yamen.

Berada di bumi ini sedikit sebanyak dapat mengambil sedikit keberkatan dan ilmu yang ada pada beliau, penulis pernah juga beberapa mengikut kuliah, ceramah ataupun demotrasi yang di hadari oleh Syeikh. Ternyalah Syeikh memilik kemampuan yang besar dalam mempengaruhi insan dan kata2 beliau bagi sesiapa yang mendengar pasti bagaikan rasa di pukau.

Syeikh di kirinya Syeikh Muayyat


Syeikh Majid dilihat sering bersama dengan anggota2 keselamatan yang sering mengawasinya dan dianggarkan sekitar 20 orang sering bersama beliau. Kecintaan mereka kepada Syeikh sukar digambarkan, di mana sahaja dan ketka mana mereka kan sentiasa mengawisi Syeikh.

Penulis merasa begitu hairan dengan keadaan itu pada mulanya tapi setelah mendapatkan maklumat bahawa ada percubaan membunuh Syekh pada satu ketika dulu barulah penulis memahami serba sikit tentang beliau.


Berucap di Majlis Perhimpunan Ulama' seluruh Yamen


Syeikh berucap di demotrasi Palestin
Tindakan Syeikh yang mengencam hebat sesiapa sahaja yang bersetongkol dengan Israil dalam menzalimi ummah Islam Palestin sering mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Fatwa yang dikeluarkan sentiasa menggegarkan masyarakat dunia.

Sayangnya ummat Islam kepada Syeikh sebagai seorang pemimpin dan guru yang alim serta tawaduk membuat mereka sanggup berhadapan dengan pelbagai risiko demi mempertahankan Syeikh dari sebarang ancaman. Pernah diceritakan yang Syeikh akan ditangkap oleh Amerika dan ahli Yamen keluar beramai - ramai dengan membawa senjata sehinggakan solat subuh di Masjid dipenuhi manusia yang berbekalkan senjata untuk menghadapi segala kemungkinan. Namun ALLAH amat menyayangi Syeikh dan hingga kini masih dipelihara kedudukannya di sisi redho dan rahmat ALLAH.

Penulis pernah mendapatkan maklumat mengenai Syeikh daripada masyarakat arab Yamen, maka ternyatalah Syeikh Majid merupakan seorang yang desegani kawan dan lawan serta dapat menyatupadukan masyarakat Yamen dan merupakan perintis kepada Kesatuan Arab Yamen.

Semoga ALLAH merahmati segala usaha Syeikh dalam menaik tarafkan ummat islam di mata dunia seterusnya mampu mengambil kembali tempat ummat dalam menakhluki dunia ini serta mentadbirnya dengan syariat ALLAH S.W.T berpandukan pedoman Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Sabtu, 8 Mei 2010

Taufikiah

Sukar bagi kita untuk mempercayai bila melihat keadaan fizikal sekolah ini pada masa kini, yang mana satu tragedi paling menyayat hati sehingga menggemparkan negara kita malaysia pada september 1989. Takdir ALLAH mengatasi semua yang direncanakan.

Tanggal 29 September 1989 Sekolah Menengah Agama Taufikiah atau lebih dikenali sebagai Pondok ( Pak Ya ) Padang Lumat, Kedah Darul Aman telah mencatat satu peristiwa hitam dalam sejarah kewujudannya, tragedi kebakaran yang mengorbankan 27 putrinya yang tercinta menjadi memori hitam yang sukar dilupakan sepanjang hayatnya. Namun perjuangan haruslah diteruskan walau pahit untuk menerima kenyataan.

Tragedi yang berlaku menyebabkan taufikiah menjadi sebutan masyarakat dan pada hari kejadian taufikiah dibanjiri oleh pelbagai lapisan masyarakat datang untuk menziarahi serta menyampaikan takziah, sehinggakan jalan raya di sekitar Alor Setar ke taufikiah mengalami kesesakan.

Kejadian ini juga telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahatdir Mohamad ketika itu serta tidak ketinggalan untuk beliau turun melihat sendiri suasana yang berlaku.

Keratan akhbar.....suasana selepas kejadian


Penulis juga yang pernah menuntut di sekolah ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat mengenai tragedi yang berlaku, seperti yang diceritakan mereka yang terkorban merupan pelajar yang baik serta bersungguh dalam pembelajaran.


Gambar sekitar tempat kejadian

Namun kejadian ini tiadaklah melemahkan semangat taufikiah untuk terus menabur bakti di persada ilmu. Selepas kejadian sekolah terus menjadi perhatian masyarat setempat dan luar sehingga pernah dibanjiri hampir 4000 orang pelajar, mungkin inilah hikmah yang tersembunyi. Peristiwa yang terjadi merasakan taufikiah akan terkubur sepi tapi inilah takdir ilahi taufikiah terus berdiri dengan bantuan orang ramai maka terbinalah banggunan yang asrama putri 3 tingkat menggantikan asrama yang terbakar.

Asrama pelajar putri yang kini diduduki oleh pelajar putra

Namun kegemilangan taufikiah tidak kekal lama, bangunan yang kita lihat diatas ini pernah dipenuhi dengan pelajar2 putri sehingga ada usaha untuk mendirikan banggunan yang sama bertentangan dengannya disebabkan terlalu ramainya pelajar pada ketika itu. Pada zaman penulis memasuki sekolah ini tahun 2000 pelajar masih lagi ramai sehinggakan tingkatan satu pada zaman itu menyaksikan 5kelas untuk pelajar putri dan 4 kelas untuk pelajar putra dengan bilangan pelajar pada ketika itu mencecah 2500 orang


Pelajar lama.... taufikiah

Pelajar lama .....bergambar kenangan



Sukan sekolah.......generasi baru


Muslimat taufikiah.....era baru


Program sekolah

Penulis telah ditakdirkan untuk melihat sendiri kejatuhan sekolah ini selepas mengalami kegemilangannya dimana pada tahun 2003 ketika penulis di tingkatan4 pelajar sekolah mengalami kemerosotan yang mendadak sehingga bilangan pelajarnya hanya berbaki 300 lebih sahaja dan di waktu penulis di tingkatan 5 bilangan pelajar terus menurun sehinggakan pada tahun 2005 bilangan pelajar tingkatan 1 putra dan putri hanya 20 orang sahaja.

Kini taufikiah kembali semula menuju kegemilangannya apabila sekolah agama semakin menjadi tempat di hati masyarakat. Pada tahun 2009 bilangan pelajarnya mulai bertambah sehingga mencecah 500 orang.

Semoga taufikiah yang pernah berbatki kepada masyarakat dan penulis sendiri terus maju dan terus berkembang dalam melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Madrasah pertama yang diperbaharui

Nostalgia Taufiqiah

Sekian lama kau berdiri

Menabur bakti di bumi ini

Kini usiamu 70 tahun

Memberi sinar satu tamadun

Asalmu pondok usang

Beratapkan buluh dan nipah

Mulamu sunyi sepi

Kini meriah sekali

Tragedi malang menimpamu

27 puteri menghadap ilahi

Hilanglah sinar wajahmui

Yang pergi tiada berganti

(yang pergi tiada kembali)

Akanku bila nasibmu

Akanku pertahankan

Dari segala tomahan

Yang menghujani oh bumimu ini

Ayuh semua wahai sahabatku

Kita gabungkan kekuatan yang ada

Untuk menempuh segala rintangan

Insyaallah kita akan berjaya

70 TAHUN TAUFIKIAH

TELAH LAMA KAU MENABUR BAKTI

DI BUMI YANG DIREDHOI

MEMBANGUN UMMAH AGAR DISEGANI

SEBAGAI HAMBA ILAHI DI BUMI INI


KINI MENCECAH USIA MU TAUFIKIAH

70 TAHUN KAU MENDIDIK UMMAH

PELBAGAI RINTANGAN TELAH KAU TEMPUHI

DALAM MENINGGIKAN KALIMAH ILAHI


DALAM PERJALANMU

MEMBINA UMMAH YANG MAJU

TRAGEDI MALANG MENIMPAMU

PERGINYA PUTRI PUTRIMU

MENGHADAP TUHAN

SYAHID 27 ORANG

SEBAGAI SATU UJIAN

KEPADAMU TAUFIKIAH


NAMUN KAU TETAP TERUS GAGAH

WALAU SERING KAU RASA GUNDAH

JATUH DAN BANGUN TIADA RESAH

KERNA PERGANTUNGANMU

HANYALAH KEPADA ALLAH


KAU BERDIRI TERUS BERBAKTI

WALAU DIHINA DAN DICACI

FITNAH YANG DATANG TANPA HENTI2

KAU HADAPI


TAUFIKIAH BUMIMU INI

TELAH BERBAKTI PADA INSANI

MELAHIRKAN INSAN YANG BERBUDI

DAN BERTAQWA PADA ILAHI



Tuan Guru Haji Azahari Razak


Tuan Guru Azahari Razak: Ulama tegas tapi terbuka PDF Cetak emel
Ditulis oleh pondokpakya
Selasa, 28 Julai 2009 16:13



KETIKA PAS lebih terkenal kerana dipimpin oleh ulama-ulama lepasan Mesir dan Makkah pada 1950-an, muncul seorang ulama keluaran India dalam kepemimpinan PAS di Kedah.





Beliau ialah Ustaz Azahari Abdul Razak, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah yang sangat dihormati di kalangan pemimpin PAS mahupun masyarakat Kedah. Pada peringkat awal, tidak ramai tokoh lepasan India menyertai PAS kecuali beberapa kerat sahaja seperti Ustaz Abu Bakar Umar, Dr Burhanuddin al-Helmy, Tuan Guru Haji Abbas Terengganu, Haji Ahmad Perai, Datuk Ishak Baharom dan lain-lain.

Tuan Guru Azahari dilahirkan pada 6 Jun 1925 di Kampung Alor Mengkudu, Pokok Sena, Kedah. Beliau ialah anak kelima daripada lapan beradik yang berbapakan seorang yang amat menitikberatkan pendidikan agama anak-anak.

Kecerdasan Ustaz Azahari telah dikesan semenjak kecil ketika berada di Sekolah Melayu Alor Mengkudu. Kerana kecemerlangannya, beliau ditawarkan belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid pada 1937, tetapi ditegah oleh bapanya. Bapanya bimbang sekiranya anak kesayangannya ini terpengaruh dengan pemikiran penjajah dan terjejas akidah jika belajar di sekolah yang ditubuhkan oleh penjajah ini.

Sebaliknya, beliau dihantar mendalami ilmu agama di Pondok Haji Majid, Guar Chempedak selama dua tahun dan sempat berguru dengan Pak Ya Junid di pondok ini pada 1939. Setelah itu, menjelang Perang Dunia Kedua, beliau memasuki Madrasah an-Nahdhah, Bukit Besar dan berguru dengan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi selama beberapa tahun.

Selepas perang, beliau berhijrah pula ke Batu 16, Padang Lumat untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Yahya Junid, seorang ulama muda yang terkenal ketika itu kerana kegiatan-kegiatan politiknya yang juga bekas gurunya.

Tidak lama di Padang Lumat, Ustaz Azahari mendengar kemasyhuran Maahad Il Ihya as-Syariff yang ketika itu dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ketua Hizbul Muslimin Malaya. Tertarik dengan kemasyhuran itu, Ustaz Azahari berpindah pula ke Gunung Semanggol selama dua tahun dan menghabiskan pengajian Qismul Ali di sini.

Peristiwa penangkapan Ustaz Abu Bakar al-Baqir pada 1948 kerana kegiatan politik antipenjajah telah menyebabkan Ustaz Azahari berasa tidak selesa di Gunung Semanggol. Pada tahun itu juga, bersama abangnya, Ustaz Abdul Rashid Abdul Razak, beliau bertolak ke India dan memasuki Kuliyah Pengajian Islam di Deoband.

Beliau tiba di Deoband lebih awal daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi tidak belajar di Darul Ulom yang terkenal itu. Dua tahun kemudian, beliau bersama Ustaz Abu Bakar Awang Perlis menyambung pengajian di Baqiatus Solehat, Velor selama dua tahun. Serentak dengan itu juga, Ustaz Azahari mengikuti pengajian bahasa Arab di Universiti Lucknow sehingga membolehkannya menguasai bahasa Arab, Urdu dan Inggeris dengan baik. Beliau menjadi antara ulama yang berupaya melakukan murajaah dalam kitab Arab moden dan klasik.

Setelah empat tahun di India, Ustaz Azahari kembali ke Kedah pada 1952 dan menyertai semula gurunya, Tuan Guru Haji Yahya Junid di Padang Lumat. Pada 1953, beliau dikahwinkan dengan puteri gurunya, Hajah Asma Yahya dan telah dikurniakan 13 cahaya mata. Ustaz Azahari kemudian menjadi tenaga pengajar di pondok ini sehingga akhir hayatnya.

Pada 1970-an, beliau dilantik sebagai Pengetua Madrasah Taufiqiyah al-Khairiyah al-Halimiyah dan berjaya membuka cawangan madrasah di Guar Chempedak pada 1979. Kerana keterlibatan beliau di pondok inilah, maka beliau berpeluang memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam di negara ini hampir 50 tahun lamanya. Satu kata-katanya yang masyhur, "Saya akan mengajar sampai mati!"

Latar belakang pendidikan Ustaz Azahari bermula dengan gurunya, Lebai Othman al-Yunusi, pengasas PAS Kedah; Pak Ya Junid, pengasas PAS; Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin; dan gerakan politik Islam di India, Ustaz Azahari semacam tidak mempunyai pilihan melain terjun berjuang menegakkan agama Allah bersama PAS sebaik sahaja pulang dari India.

Beliau menyertai PAS di bawah pimpinan mertuanya, Pak Ya Junid yang merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS ketika itu. Ketika PAS Cawangan Bukit Besar dibuka oleh Lebai Othman al-Yunusi, beliau menjadi ahli di sini pada 1952. Setahun kemudian, PAS Ranting Batu 16 Padang Lumat ditubuhkan dan Ustaz Azahari menjadi Setiausaha Ranting selama 10 tahun.

Mulai 1963, Ustaz Azahari dilantik pula menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kedah menggantikan Ustaz Abu Bakar Umar yang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah.

Pada zaman beliaulah, Pejabat Perhubungan PAS Kedah dipindahkan dari Guar Chempedak ke Alor Setar pada 1968. Setelah itu, satu usaha dibuat untuk membina Bangunan PAS Kedah di Alor Setar dan ia berjaya disiapkan pada 1976. Pada 1969, telah berlaku satu tuduhan oleh Tunku Abdul Rahman terhadap PAS di mana Perdana Menteri menuduh PAS menerima bantuan asing dalam menghadapi pilihan raya.

Tunku Abdul Rahman kemudian bersumpah di Masjid Zahir dengan disaksikan oleh Ustaz Azahari, Pak Yusof Rawa dan Ustaz Abu Bakar Umar. Datuk Mohd Asri bersumpah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu bagi pihak PAS bersaksikan Tengku Razaleigh. Selepas sumpah ini, Umno kalah teruk dan Tunku Abdul Rahman terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada 1972, ketika krisis politik tercetus dan PAS dijemput menyertai kerajaan campuran, Dewan Ulama PAS telah menubuhkan Majlis Tarjih untuk menentukan hukum menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan. Ustaz Azahari adalah salah seorang daripada 23 ulama yang terlibat.

Ustaz Azahari memberikan pandangan yang tegas bahawa haram bekerjasama dengan Umno kerana Islam (PAS) dan sekular (Umno) adalah dua ideologi yang bertentangan, terutama Umno yang menolak hukum dan sistem pemerintahan Islam. Namun, 14 daripada ahli majlis tarjih ini berpandangan harus bekerjasama dengan Umno.

Setelah Mesyuarat Agung Khas PAS pada 21 Disember 1972 memutuskan bersetuju bekerjasama dengan Umno, Ustaz Azahari menerimanya dengan hati yang terbuka. Bahkan, beliau membantu mertuanya yang bertanding di Dun Sala pada 1974 atas tiket BN.

Sepanjang tempoh antara 1960-an hingga 1990-an juga, Ustaz Azahari terlibat aktif dan memegang pelbagai jawatan dalam Dewan Ulama PAS di peringkat Pusat mahupun negeri. Antara jawatan beliau yang penting ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Persuruhjaya PAS Kedah dan juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS semenjak 1987 hingga 1999.

Pada 1986, Ustaz Azahari telah memenangi pilihan raya umum di Dun Sala selama satu penggal. Ustaz Azahari juga dilantik oleh kerajaan Kedah sebagai Ahli Majlis Fatwa Kedah dan Ahli Majlis Agama Islam Kedah bersama mentuanya, Pak Ya Junid. Tetapi kerana mereka berdua memfatwakan kematian Ibrahim Libya sebagai syahid, mereka telah dipecat daipada kedua-dua badan agama ini. Namun begitu pada 1999, kerajaan Kedah telah menganugerahi beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah 1420.

Ketika PAS sibuk menyambut jubli emas perjuangannya, Ustaz Azahari hadir bagi memenuhi jemputan untuk slot pengkisahan sejarah PAS Kedah pada 16 Jun 2001 dalam Seminar Pengkisahan Sejarah PAS Kedah walaupun dalam keadaan uzur. Keesokannya, tersiar berita bahawa beliau meninggal dunia di Guar Chempedak. Jenazah beliau disembahyangkan di Dewan Madrasah Taufikiah oleh ribuan orang termasuk pimpinan PAS Negeri, Mufti Kerajaan Kedah, Dato? Sheikh Abdul Majid Mohd Noor dan bekas Yang Dipertua ABIM Kedah, Ustaz Ghazali Abdullah. Beliau kemudian dikebumikan di perkuburan Pekan Guar Chempedak.

Kematian beliau dikenang oleh murid-muridnya sebagai kehilangan seorang "guru, pendidik, pendakwah dan juga seorang Pengetua yang berdedikasi, tegas, berhikmah, tekun dan mencerminkan seorang pendidik, pendakwah dan sekaligus pemimpin yang bersifat tawaduk, tapi tegas serta memiliki prinsip yang jelas dalam mendaulatkan Islam dan kehidupan Islam di kalangan murid-murid yang dipimpinnya".

Beliau juga merupakan seorang yang "sangat jujur, amanah dan ikhlas kepada ilmunya, Islam dan dakwah Islam," ulas bekas murid beliau.

Tuan Guru Pak Ya Junid



Tuan Guru Haji Yahya bin Junid

PDF Cetak emel
Ditulis oleh pondokpakya
Khamis, 23 Julai 2009 10:54


Tuan Guru Haji Yahya Junid atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Junid dilahirkan pada 3 Oktober 1911 di Kampung Selengkoh, Yan, Kedah.

Mula mempelajari Al-Quran daripada ibunya sendiri. Atas kehendak ibunya yang mahu beliau mendalami dan menguasai ilmu agama, beliau dihantar belajar di Sungai Bakap, Seberang Perai. Pada ketika itu ibunya sedang sakit. Oleh kerana beliau terlalu mengingati ibunya, beliau tidak sempat belajar di sana. Setelah ibunya meninggal pada tahun 1922, beliau diasuh oleh neneknya sehingga neneknya meninggal dunia di Mekah pada tahun 1923. Kemudian bapanya menghantar beliau ke rumah Lebai Faqeh dan belajar di Sekolah Melayu Titi Gajah. Beberapa bulan kemudian Lebai Faqeh telah kembali ke Rahmatullah lalu beliau pulang membantu bapanya mengerjakan sawah.

Untuk memenuhi permintaan ibunya, bapa saudaranya menghantar beliau berguru dengan Lebai Long di Pondok Chegar selama beberapa bulan kemudian beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Ghani di Tandop Pengkalan Kundur sehingga tahun 1930. Selepas itu beliau berguru dengan Sheikh Husin Nasir dan Tuan Guru Ahmad Tuan Husin di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.

Kemudian beliau pergi ke Kelantan dan menumpang di rumah Haji Ibrahim Tok Raja ( bekas mufti Kelantan ) berhampiran Masjid Muhammadi. Di sana beliau mengikuti kelas-kelas pengajian daripada ulama-ulama Kelantan yang masyhur seperti Tuan Guru Hj Ali, Tuan Guru Hj Saad, Hj Yaakob Langgar, Sheikh Abdullah Tahir, Sheikh Ahmad Kamuni ( bekas mufti Kelantan ) dan ramai lagi ulama yang sempat beliau berguru.

Pada Tahun 1936 beliau pulang ke Kedah dan berkahwin dengan Zawiyah bt Hashim dan kemudian ke Mekah pada tahun yang sama. Sekembalinya ke tanah air beliau telah melibatkan diri dalam bidang pendidikan dan menyertai umno untuk menuntut kemerdekaan. Selepas 17 tahun terlibat, beliau membawa keluarganya ke Mekah untuk belajar d sana selama setahun.

Jasa Mengembangkan Ilmu Agama

Bermula di sebuah madrasah yang dibina oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin pada tahun 1942 yang pada ketika itu hanya terdapat 14 orang pelajar sahaja. Pada yang sama, beliau telah diuji oleh Allah dengan kematian 2 orang anak serta isteri tersayang.

Kemudian beliau dijodohkan pula dengan Hajjah Maryam Hj Taib iaitu Anak Saudara Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husin. Isterinya yang kedua mahir serta berkebolehan dalam bahasa arab turut menjadi tenaga pengajar di situ.
Pusat pengajian tersebut yang diusahakn beliau seakin berkembang serta mendapat perhatian banyak pihak sehinggalah beliau berjaya menjadikannya sebagai sebuah pusat pengajian sepenuh masa yang diberi nama Madrasah Taufikiah Khairiah Halimiah seperti sekarang.

Selain menubuhkan madrasah tersebut, beliau turut mengasaskan penubuhan serta pembinaan Masjid Kampung Sungai Dedap dan Masjid Batu 17, Guar Chempedak.

Jasa dalam Perkembangan PAS

Pak Ya Junid terlibat secara langsung dalam penubuhan PAS pusat pada 24 november 1951 secara amnya. Secara khusunya beliau adalah Pengasas PAS Kedah.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Kedah yang pertama sehinggalah beliau melepaskan jawatan tersebut kepada menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdu Razak pada tahun 1997 atas faktor kesihatan. Beliau juga pernah menyandang jawatan Yang Di Pertua PAS Yan ( sebelum dikenali sebagai Sala & Jerai ) dari tahun 1953-1999, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama' PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Beliau juga pernah bertanding sebagai calon Parlimen Sik pada tahun 1959 dan Dewan Undangan Negeri Sala pada tahun 1964, 1974 dan 1978. Beliau menang di DUN Sala pada tahun 1974 dan 1978 ketika PAS berada dalam Kerajaan BN.

Jawatan dalam Kerajaan Kedah

Sebagai seorang tokoh agama yang amat disegani, peranan beliau amatlah diperlukan serta diiktiraf kerajaan. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah, Ahli Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), dan Ahli Jawatankuasa Majlis Zakat Kedah.

Bagaimanapun atas ketegasannya mempertahankan kesyahidan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya yang dibunuh dalam peristiwa berdarah Memali pada 18 november 1985, beliau telah dipecat dari ketiga-tiga jawatan tersebut. Turut dipecat ialah menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdul Razak yang memegang jawatan Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) pada ketika itu.

Hubungan dengan Sultan Kedah

Tuan Guru Yahya Junid mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Tuanku Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Tuanku amat menghormati beliau sebagai seorang ilmuan agama.

Ketika beliau sedang nazak di Putra Medical Centre (PMC), Tuanku Sultan telah meluangkan masa menziarahi beliau. Namun pada hari pengkebumiannya, Tuanku Sultan terpaksa menghadiri urusan rasmi di Kota Kinabalu tetapi Tuanku Sultan telah menghantar wakil peribadi baginda bagi mewakilinya pada hari pengkebumian tersebut.

Tuan Guru Haji Yahya Junid telah kembali ke Hadrat Ilahi pada 6 Ogos 2001 pada usia 90 tahun. Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh 5000 lebih jemaah yang hadir diimamkan oleh Presiden PAS Dato' Hj Fadzil Mohd Noor.

Al-Fatihah………